Berita

"Dahlah Sendu, Muka Macam Ba**" - Aishah Dedah Dirinya Dihina Netizen

gempak
Rozaimi Zubaidi
10/10/2018
09:56 MYT
Sponsor Banner
"Dahlah Sendu, Muka Macam Ba**" - Aishah Dedah Dirinya Dihina Netizen
Penyanyi Aishah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak sanggup menghina dirinya dengan perkataan yang tidak sepatutnya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Aishah berkongsi sebuah komen netizen yang mengelarkan dirinya seperti haiwan.
"Allahuakbar Kau Maha Mengetahui, kuatkanlah semangatku untuk memperjuangkan kebenaran.
"Kami insan yang lemah ya Allah. Dapat info selepas report ke IG," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata berharap agar Aishah tabah menempuhi ujian ini dan meluahkan rasa kesal apabila ada netizen yang sanggup mengelarkan dirinya begitu.
"@khainadiaa: Ya Allah ada lagi manusia berperangai macam ni. Banyak-banyakkan bersabar yer kak @aishahjmm. Biarkan saja dia peduli apa dia kata. Biar dia tanggung dosa dia. Cakap orang biar tanggung dosa tapi dia tak tahu yang dia maki-maki kak tu tak dosa pula."
"@suri_achilles: Allahuakhbar, tak payah layan la dia kak Aisyah. Gambar pun takada. Nampak sangat orang suruhan. Dapat apa la dia kata macam tu. Kak Aisyah bukan berdiri sendiri. Kak Aisyah ada kami dan tuhan yang satu. Tetap la bersemangat ye kak, anggap la dia anjing yang menyalak."
"@afdalfrey: Oh dunia ini, penuh kepalsuan, oh mungkin kah tiada keikhlasan @aishahjmm sabah la kak. Sesungguhnya Allah Swt tu bersama orang yang benar."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024