HIBURAN
Dakwa Badan Terlalu Besar, Penyanyi Rap Saman Pemandu E-Hailing Halang Naik Kereta
Seorang penyanyi rap menyaman syarikat e-hailing, Lyft selepas salah seorang pemandunya didakwa tidak membenarkan dia menaiki kenderaan disebabkan saiz badan yang terlalu besar, lapor akhbar New York Post semalam.
BERITA TRENDING: Penyanyi Rap Hina Nabi Muhammad Dihukum Mati
Dank Demoss yang mempunyai berat badan hampir 221 kilogram berkata, kejadian itu berlaku di Detroit, Michigan apabila pemandu tersebut mengunci pintu kereta Mercedes-Benz sedannya.BERITA TRENDING: Polis Siasat Penyanyi Dakwa Dirakam Penguat Kuasa PBT Ketika Sedang Diurut
“Saya boleh muat dalam kereta ini,” kata penyanyi tersebut dalam satu rakaman video.“Percayalah, anda tidak boleh (muat),” balas pemandu itu sambil menambah, tayar keretanya tidak akan dapat menampung berat badan penyanyi tersebut.
Pemandu itu bagaimanapun telah memohon maaf kepada Demoss yang turut menggunakan nama Dajua Blanding itu.
Namun, dia mempertahankan tindakannya membatalkan tempahan Demoss dan memberitahu bahawa penyanyi tersebut perlu memesan kenderaan yang lebih besar.
BERITA TRENDING: “Makan Nasi Lemak Pun Kena Ambil Gambar, Hantar Pada Coach" - Joe Flizzow Jaga Kesihatan Demi Kebaikan Diri
Sementara itu, Lyft enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut kerana ia kini sudah menjadi kes mahkamah. – AGENSIMust-Watch Video