Hiburan

“Makan Nasi Lemak Pun Kena Ambil Gambar, Hantar Pada Coach" - Joe Flizzow Jaga Kesihatan Demi Kebaikan Diri

gempak
Ernalisa
09/11/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
“Makan Nasi Lemak Pun Kena Ambil Gambar, Hantar Pada Coach" - Joe Flizzow Jaga Kesihatan Demi Kebaikan Diri
Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow akui kekok apabila dipaksa memberitahu jadual pemakanannya setiap hari kepada jurulatih kesihatan gara-gara ingin memastikan tahap kesihatan dirinya berada dalam keadaan baik.

BERITA BERKAITAN : Joe Flizzow Jadikan Amy Search Sebagai 'Guru’ Bila Di Atas Pentas - “Saya Sebenarnya Sangat Mengagumi…”

BERITA BERKAITAN : Bunuh Orang Demi Keseronokan, Lelaki Jadikan Mangsa Daging Burger Sebelum Jual

BERITA BERKAITAN : Peminat Berbaju Sekolah, Joe Flizzow, Puteri Ariani Gamatkan Konsert Graduasi Melly Goeslaw

BERITA BERKAITAN : #GMW: Adlin Aman Ramlie Nak Merewang, Konsert Rossa Best & Joe Flizzow Memang Havoc!

Bagaimanapun kata Joe, dia mula terbiasa dengan arahan itu dan menganggap sebagai satu perkara yang menggembirakan demi kebaikan dirinya.

"Saya sampai makan nasi lemak pun kena ambil gambar dan hantar pada coach. Mula-mula tu rasa kekok juga tapi lama kelamaan saya dah terbiasa. Jadi enjoy sahaja.

"Saya tahu banyak kebaikannya sebab kadang-kadang kita pun main 'taram' sahaja apa yang kita nak makan," kongsinya.
Jelas Joe lagi, dia mula mengambil jurulatih peribadi sejak lima bulan lalu kerana ingin memastikan staminanya berada dalam keadaan baik.

"Saya sebenarnya dah lama amik coach untuk pastikan bila buat persembahan saya tak terlalu pancit atau cepat penat.

"Saya pun bukan muda lagi jadi semua ini lebih kepada kesihatan kita sendiri," ujarnya.
Sudah menganjak ke 46 tahun, penyanyi hip hop terkenal ini mengaku dia kini selesa dengan fizikalnya.
"Kita bukan muda. Makan, minum semua kena jaga. Bukan artis sahaja. Semua orang pun sama perlu tahu tahap badan masing-masing.
"Terus terang saya kata,bila saya tak update saya sendiri rasa lain," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024