Hiburan

Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan

gempak
Asyikin Mayudin
25/04/2024
09:04 MYT
Sponsor Banner
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi kepada penyanyi Bella Astillah iaitu Niel Rafeq tampil menjelaskan beberapa fitnah melibatkan aktres bawah jagaannya itu.

Mendakwa Caprice Berniat Jahat

Menerusi perkongsian di TikTok, Niel mendakwa Caprice berniat tidak baik terhadap Bella apabila bertindak menyebarkan foto, video dan tiket penerbangan milik penyanyi itu dengan pelakon Muaz Zabir.
"Keterangan mengenai kewujudan 400 gambar, video dan tiket penerbangan yang dimuat naik oleh individu dikenali sebagai Caprice sangat berniat jahat.
"Apabila perkara itu kembali dikongsi di media sosial, ia membuka lebih banyak ruang untuk orang lain menabur fitnah. Jadi, apa motif dan niat sebenar Caprice berbuat sedemikian?
"Sebagai individu bekerja dengan Bella, saya ada di setiap masa dan tempat. Ingin dijelaskan tiket penerbangan dimaksudkan itu adalah ketika Bella berada Jogjakarta dan Labuan (hanya dua kali sahaja penerbangan yang melibatkan Muaz).
"Atas tujuan kerja dan bukannya satu percutian berdua seperti yang dicanang," katanya yang turut disertakan sekali beberapa foto sebagai bukti dia menemani Bella dan Muaz.

Minta Caprice Selidik Dahulu

Niel juga menegaskan penerbangan itu turut ditemani beberapa individu lain dan berkata Caprice sepatutnya menyelidik terlebih dahulu fakta mengenai perkara tersebut sebelum menyebarkan ia kepada orang ramai.
"Di mana Bella berada, saya bersama beberapa individu lain juga ada. Sepatutnya, Caprice yang lantang dan sering ingin dilihat hero dalam banyak perkara yang berlaku di Malaysia ini, seharusnya tidak terlepas pandang perkara kecil iaitu selidik dahulu fakta sebenar sebelum main sebar.
"Jangan hanya kerana ingin menyebelahi satu pihak, awak mengetepikan prinsip mudah ini yang pada akhirnya memburukkan reputasi orang lain.
"Tidakkah anda sedar tindakan berkongsi perkara tidak tepat dan berlandaskan fakta sebenar adalah salah? Berapa besar kerosakan sudah anda buat hasil daripada perkongsian itu?" hujahnya.

Kes Bella & Muaz Sudah Selesai Sejak Tahun Lalu

Niel juga memberitahu isu melibatkan Bella dan Muaz juga sebenarnya sudah diselesaikan secara baik pada tahun lalu selain turut diketahui oleh kedua-dua belah keluarga.
"Perkara yang berlaku tahun lalu itu sudah diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak, termasuk suami Bella, Aliff Aziz. Mereka juga sepakat untuk menyimpan aib itu selepas Bella mengakui kesilapan dibuat," ujarnya.

BERITA TRENDING: Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”

BERITA TRENDING: Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024