HOLLYWOOD
Dakwa Nyawa Terancam, R Kelly Minta Dibebaskan Dari Penjara
Penyanyi R Kelly yang sedang menjalani hukuman penjara sehingga 30 tahun meminta mahkamah membebaskan dirinya selepas mendakwa menerima ancaman bunuh.
Permohonan tersebut difailkan oleh pihak peguamnya dengan menyatakan R Kelly menerima ancaman yang serius di dalam penjara dan meminta diberi menjadi tahanan rumah sementara.
Bintang R&B itu mendakwa diancam bunuh dan pihak guaman melihat ia sebagai satu masalah serius untuk diambil perhatian.
“R. Kelly menerima ugutan bunuh setiap hari dan tiada tindakan diambil. Lebih daripada seorang yang telah cuba melakukan aksi bunuh terhadapnya. Dia sedar hidupnya kini dalam perhitungan (antara mati) di penjara,” tulis kenyataan yang dikeluarkan seperti laporan The Guardian.
Mereka juga mendakwa nyawa R Kelly menjadi lebih terancam sekitar bulan ini apabila ada komplot pembunuhan yang dirancang ‘geng-geng jahat’ di penjara semakin mengawasi dan mendekatinya.
Pelantun I Believe I Can Fly itu sedang menjalani hukuman penjara di atas beberapa kesalahan jenayah termasuk seks dan pemerdangan kanak-kanak. Dia telah menjalani hukuman penjara sejak tahun 2020.
Must-Watch Video