Laman Utama

Dakwaan Terlibat Soul Scalping & Iluminati, Naim Daniel Buat Laporan Polis

Amri Hassan
20/01/2022
12:27 MYT
Pelakon dan penyanyi Naim Daniel membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya terlibat dalam upacara soul scalping dan menjadi pengikut ajaran iluminati.
Tindakan itu diambil ekoran dakwaan yang diterbitkan menerusi sebuah akaun Instagram telah menjejaskan reputasi dan mengundang fitnah yang berpanjangan.
"World Peace Entertainment Sdn. Bhd. mengambil berat mengenai isu terhadap salah seorang artis kami, Naim Daniel berhubung kenyataan yang mengaitkan beliau dengan isu iluminati dan upacara ‘Soul Scalping’ pada 19 Januari 2022.
"Berikutan hal yang dilihat semakin serius, Naim Daniel memutuskan untuk membuat laporan polis di atas tuduhan yang agak berat sehingga menjejaskan reputasi serta fitnah yang berlarutan daripada pengikut-pengikut akaun Ilmu Eskatologi itu.
"Kami dari pihak World Peace Entertainment Sdn. Bhd. ingin menegaskan sebarang tuduhan yang berat akan diambil tindakan serta merta untuk memastikan fitnah seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan," maklum kenyataan media yang dikirimkan pihak pengurusan Naim Daniel kepada Gempak pada Khamis.
Dalam masa sama, pihak pengurusan Naim memaklumkan kecederaan yang dialami oleh pelantun lagu Sembah itu disebabkan kemalangan ketika bermain papan luncur di Shah Alam baru-baru ini.
"Sehubungan dengan itu, kami bagi pihak Naim Daniel ingin menegaskan bahawa beliau mengalami kecederaan akibat bermain papan luncur di Seksyen 13, Shah Alam.
"Kemalangan yang berlaku telah mengakibatkan lebam di mata, kecederaan di tangan kiri dan sedikit luka ringan di muka.
"Lebam di mata beliau telah membangkitkan spekulasi di kalangan penganut teori konspirasi yang menyangka itu adalah perbuatan ‘Soul Scalping’ di satu halaman Instagram yang dinamakan sebagai Ilmu Eskatologi (@ilmu.eskatologi).
"Logo di topi Naim yang dimuatnaik di Instagram Story miliknya juga dijadikan sebagai bahan untuk menguatkan lagi konspirasi mereka sebagai pengikut dajjal," tambah kenyataan itu lagi.
Terdahulu pengarah Razaisyam Rashid meluahkan rasa kesal terhadap dakwaan pengguna media sosial menuduh Naim terlibat dalam gerakan iluminati.
Malah, kata Razaisyam dia sendiri menjadi saksi kemalangan yang menimpa Naim dan merupakan individu yang menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.