,
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

Amri Hassan
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Difahamkan video yang tular itu merupakan sedutan daripada drama Terjerat yang ditayangkan di platform penstriman iQIYI.
Menerusi video yang tular di aplikasi X, aksi Dayang yang memegang watak sebagai Shasha mengambil nasi daripada periuk dan mencampurkannya dengan bahan dari bungkusan kuning sebelum melakukan ritual khurafat itu.
Jelas kelihatan Dayang menghayati wataknya apabila sanggup melakonkan babak nasi kangkang dengan penuh kebencian dan dendam.

BERITA TRENDING: "Saya Pun Tak Tahu Mana Salah Saya" - Dayang Areeda Kecewa Nama Belum Popular

Mengulas tentang babak itu, Dayang berkata, ia adalah kali pertama dijayakannya dan mengakui risau dengan pandangan orang luar terhadapnya.
“Mula-mula agak susah sebab saya tak tahu mcm mana nak buat babak itu tapi selepas dibantu oleh pengarah dan barisan pelakon saya cuba buat dengan sehabis baik.
“Jujurnya memang agak malu, tapi Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Terus terang saya tak takut nak buat babak ini kerana ia hanya lakonan.
“Cuma saya risau pandangan masyarakat apabila melihat saya melakukan babak itu. Tambah pula sekarang ini ramai yang suka mengecam,” katanya.
Menerima pelbagai maklum balas mengenai video babak nasi kangkang itu, Dayang berharap penonton dapat memgambil pengajaran dan iktibar.
“Babak ini tidak dibuat secara suka-suka tapi ada pengajaran yang boleh diambil. Amalan khurafat seperti ini bukanya rekaan tapi memang ada terjadi.
“ Bagi saya, kita kena mengambil pengajaran dan kesedaran mengenai hal-hal seperti ini yang masih wujud dalam dunia serba canggih hari ini,” katanya.
Untuk rekod, babak nasi kangkang yang dilakonkan Dayang meraih lebih 380,000 tontonan di aplikasi X dan ratusan komen. Terjerat yang membariskan pelakon Aliff Aziz, Ruhainies dan Fendy Bakry bakal melabuhkan tirainya pada minggu ini.
Drama Original iQIYI berdurasi 12 episod arahan Azmi Hatta itu mengisahkan Nadia (lakonan Ruhainies) yang dibayangi krisis hutang suaminya, Izham (lakonan Fendy Bakry) yang parah akibat judi.
Nadia dijadikan taruhan oleh pemiutang suaminya. Tanpa diduga, Nadia bertemu Faliq (lakonan Aliff Aziz) yang terperangkap dahulu darinya. Semakin hari berlalu, ikatan platonik mereka semakin mendalam seterusnya menjadi hubungan cinta yang terlarang.
Masing-masing punya pasangan hidup justeru, keadaan memaksa mereka untuk memilih antara kesetiaan kepada pasangan mereka ataupun berserah pada takdir sehingga terjerat dalam satu permainan percintaan yang terlarang.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Dayang Areeda Diserang Netizen Gara-Gara Gurauan ‘Kekasih’ Tengku Hassanal

BERITA TRENDING: Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

BERITA TRENDING: Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.