Laman Utama

"Dalam Cerai Gaduh Pun Mengandung Lagi" - PU Abu Upload Gambar Baby, Netizen Desak Penjelasan!

gempak
Amri Hassan
10/05/2021
00:50 MYT
Sponsor Banner
"Dalam Cerai Gaduh Pun Mengandung Lagi" - PU Abu Upload Gambar Baby, Netizen Desak Penjelasan!
"Dalam gaduh cerai gaduh cerai pun mengandung lagi. Dahsyat Abu. Pape pun tahniah," demikian antara komen ucapan yang diterima pendakwah bebas, PU Abu Sufyan di Instagramnya baru-baru ini.
Komen itu ditulis seorang pengguna menerusi foto seorang bayi yang dikongsikan Abu sendiri di ruang media sosialnya.
Biarpun tidak mendedahkan identiti bayi itu, ramai yang beranggapan bayi itu milik Abu dan isterinya, Ain 'Afini yang kembali rujuk sekitar dua tahun lalu.
BACA: "Abu & Ain Rujuk 2 Minggu Selepas Kami Nikah" - Hana Azraa Kantoikan Status Suami & Bekas Isteri
"Segala pujian bagi Allah di atas pemberian ini. Welcome to the world my hero. Abu love you and all my kids," tulis Abu menerusi kapsyen pada hantaran foto terbabit.
Netizen yang masih menanti-nantikan penjelasan Abu berkenaan bayi tersebut mula tampil dengan teori mengesahkan bayi itu milik Ain 'Afini.
"Ala Abu, explain betul-betul, semua tertanya-tanya sat lagi macam-macam cerita tak betul direka netizen jadi pula fitnah. Kita nak tumpang gembira," tulis seorang pengguna.
"Betullah Ain pregnant. Itu hari dah perasan hint-hint. Ain pun dah lama tak selfie," tulis pengguna lain berspekulasi.
"Yeyy betul. Dapat tahu lepas tengok kat @bazaarlokal Ain pregnant," sahut pengguna lain pula.
"Ohhh betullah perasan gak, Ain ada up story minta tok abah masakkan rendang ke apa takut tak sempat? Apa yang tak sempat nak pantang ke? Sekali betul," tambah individu lain.
Pun begitu, netizen masih mendesak Abu dan Ain untuk berkongsi perihal sebenar rumah tangga mereka bagi mengelakkan fitnah.
"Faham tak perkara macam tu tak boleh disembunyikan. If dah rujuk kena bagitahu umum. "Declare" bukannya suruh show off, hanya declare if betul yang mereka dah rujuk.
"Sama la macam nikah, kalau nikah kena bagitahu orang ramai, kalau tak boleh jatuh fitnah. If org lain tak tahu yang pasangan tu dah bernikah, lepas tu orang lain tuduh mereka belum bernikah, fitnah buat benda tak baik sedangkan dah nikah," komen seorang pengguna panjang lebar.
"Diorang memang pernah cerai tapi dah rujuk lama. And saya perasan Ain Abu sekarang lebih suka play safe. Tak nak tunjuk sangat happiness diorang. Jaga hati semua pihak termasuk netizen cam kita maybe," tambah pengguna lain.
"Patutnya kita doakan si baby comel yang baru lahir ni dan fikir logik if dah cerai takkan ada baby maksudnya mungkin dah rujuk, sebab jodoh ni rahsia Allah.
"Mungkin suatu ketika dulu ujian dalam rumah tangga mereka, kadang-kadang hal peribadi orang jangan campur sangat sis tak elok, kita dah akhir zaman doakan yang baik-baik sahaja," ulas individu lain pula.
Untuk rekod, Abu pernah menceraikan Ain ketika wanita itu sedang sarat hamil anak sulung mereka sekitar Mac 2019.
Abu melafazkan talak kepada Ain menerusi aplikasi WhatsApp.
BACA: PU Abu & Isteri Pertama Sah Bercerai
Pasangan itu berkahwin pada Ogos 2018.
Pendakwah itu kemudiannya berkahwin dengan usahawan wanita, Hana Azraa pada 2019 namun dikatakan telah bercerai setahun kemudian.
BACA: "Kami Bukan Lagi Suami Isteri" - Hana Azraa & PU Abu Berpisah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live