Hiburan
"Dalam Hati Cakap 'Ish Jangan Gaduh Pulak'..." - Zulin Aziz Kekok Jadi Orang Ketiga Ketika..
Pelakon Zulin Aziz akui kekok untuk terus berada dalam sebuah segmen bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI) yang berbicara mengenai isu 'body shaming'.
Dalam program yang bersiaran semalam, Zulin mendedahkan perasaan berkenaan timbul selepas ketegangan mula berlaku antara dua tetamu yang lain iaitu model albino, Azfar Firdaus dan jejaka sado, Shazwan Zafran yang berbicara mengenai topik 'Hapuskan Sindir Badan, Body Shaming Tak Kelakar'.
"Dan aku kat sebelah tu kekok. Erkk. Dalam hati cakap, ish jangan gaduh pulak kat sini.
"Nasib baik kalau tak jadi filem Joker," tulisnya di laman Twitter.
Semuanya terjadi kerana Azfar mengimbas kembali momen ketika dirinya menerima satu tweet ancaman di laman sosial Twitter.Dan aku kat sebelah tu awkward.erkk .....dalam hati ckp,ish jgn gaduh pulak kat sini....Nasib baik... kalau tak jadi filem joker.? https://t.co/7lLrnbGShM— زولين عزيز (@iamzulinaziz) October 28, 2019
Secara kebetulan, Shazwan adalah individu yang memuat naik tweet itu dan dia telah mengaitkan diri Azfar dengan sebuah artikel mengenai golongan albino yang dikerat untuk ritual sihir.
Rakaman video sedutan 'momen kekok' yang terjadi ketika sesi temu bual itu berlangsung telah tular itu selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama @burhan_plays dan ia mendapat lebih 33,900 ulang kicau dan 28,500 tanda suka.
Holy fucking shit @Azfarovski. pic.twitter.com/3CkhcbLKzV— Burhan (@burhan_plays) October 28, 2019
Must-Watch Video