Hiburan
Dalam Masa 3 Minit, Jualan Tudung Neelofa Raih RM1.3 Juta
Pelakon dan pengacara Neelofa mendedahkan tudung jenamanya, Naelofar Hijab meraih RM1.3 juta dalam masa tiga minit.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 27, berkata hasil jualan tersebut membuktikan pelanggan berpuas hati dengan koleksi dan juga kualiti kain jenamanya.
“Jualan paling tinggi adalah melalui stokis dan setiap kali kami buka tempahan, dalam masa satu hingga lima minit tudung-tudung kami akan habis dibeli mereka.
Advertisement
“Kadang-kadang jualan itu boleh mencecah RM1.2 hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit saja dan dalam masa yang sama juga kami boleh habiskan oder.
“Kami tak buka tempahan untuk rekaan yang banyak, selalunya mungkin dalam satu atau tiga rekaan sahaja.
“Melihat hasil jualan tersebut, kami dah boleh nampak kepercayaan yang diberikan oleh stokis dan juga pelanggan kami terhadap Naelofar Hijab dari segi kualiti dan harga yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran koleksi raya Naelofar Hijab bertempat di The Royale Chulan, Kuala Kumpur semalam.
Tambah Neelofa lagi, jenamanya itu akan diperluaskan lagi dengan menembusi pasaran negara Turki dan juga London pada penghujung Jun ini.
“Setakat ini kami mempunyai lebih 400 stokis di dalam dan luar negara termasuklah Singapura, Amerika Syarikat dan Australia.
“Insha Allah, kalau tiada aral melintang koleksi tudung raya kami akan dijual di London pada hujung bulan depan dengan kerjasama syarikat online, Haute Elan.
“Alhamdulillah, mungkin rezeki kami, Naelofar Hijab adalah satu-satunya produk ‘instant shawl’ dari Malaysia dan sebanyak 10 hingga 15 koleksi baru kami akan dipasarkan di sana,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain , Neelofa bakal muncul dengan wangian jenama sendiri, Neelofa.
Must-Watch Video