Tanggal 2 Julai 2022 menjadi tarikh bermakna buat pelawak Danial Zaini, 29, selepas sah menjadi suami kepada pilihan hatinya Yasmine Umira Yahya, pada pagi Sabtu.
Dengan hanya sekali lafaz sahaja, Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial bin Mohd Zaini, 29, yang juga merupakan penyampai radio nombor satu negara, Era FM bergelar suami kepada Yasmine, 29, dalam majlis penuh istiadat dan meriah di Timorra Avanue, Kuantan, tepat pukul 10.00 pagi.
Dengan mengenakan busana akad nikah hasil sentuhan Amzar Atelier dan busana songket mewah daripada Man Kajang, pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa kandung pengantin perempuan, Yasmine, dengan disaksikan hampir 100 tetamu yang hadir termasuk ahli keluarga,rakan artis dan rakan-rakan terdekat.
Gadis kelahiran Kuantan, Pahang itu menerima mas kahwin RM22.50 dan wang hantaran berjumlah RM 17 777.77 seutas rantai emas dan sebentuk cincin serta menerima tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang daripada pihak pengantin lelaki.
Dalam majlis yang cukup indah itu, turut diberi kejutan dengan pelancaran lagu terbaru Danial Zaini yang bertajuk “HATI” yang ditulis khas oleh Danial sendiri.
Danial turut melahirkan rasa syukur di atas urusan yang dipermudahkan selepas menempuhi beberapa ujian dalam tempoh pertungannya.
“Sejujurnya ini adalah pengalaman yang indah dan yang sangat dinantikan, banyak rakan rakan artis saya terkejut dan tak menyangka saya sudah bergelar suami hari ini.
“Pelbagai dugaan telah kami hadapi ketika tempoh pertunangan, tapi Alhamdulillah kami berjaya hadapi dugaan yang mendatang.
“Saya sangat terharu dengan sokongan mereka yang sudi menjadikan majlis pada hari ini sangat meriah,” tambah raja sehari itu.
Pasangan merpati dua sejoli ini mengikat tali pertunangan pada 25 Disember 2021, namun memutuskan untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ramai demi menjaga privasi Yasmine serta keluarga.
Shahrin Zulkifle
Sat Jul 02 2022


MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - OOD
boleh pulak dia order upside down.. Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna.

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - ARTEH
Amboii abg ropie mengkome !! Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna..

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - HIGHLIGHT
Fuh makin banyak minggu makin hebat semua !

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - NGAM
Ngam tak ngam diorang ni? Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna..

Kapal Layar Mewah RM200 Juta Kejutkan Warga Kuala Perlis
Wow, bentuk macam kapal angkasa!

Kasih Iris Leona Dituduh Kacau Suami Orang, Azhar Sulaiman Mengamuk Minta Bukti! Netizen: - “Taktik Baru Scammer Ni..”
Macam-macam kena tuduh!

Murder By Moonlight: Kenapa Dr Sangeetha Bertanggungjawab Atas Kematian Tuan Osman?
Dr Sangeetha suspek utama pembunuhan Tuan Osman?

MLS3: “Perkataan Kecaman Memang Netizen”- Isu Juri Terasa, Beby Acha Mohon Maaf, Tak Mahu Datuk Awie Salah Faham
Beby Acha mohon maaf tak mahu Datuk Awie salah faham.

“Saya Hampir Nak Jual Piano Kesayangan…”- Hazami Dedah Pernah Tiada Duit Nak Makan
Hazami Dedah Pernah Tiada Duit Nak Makan
_2.png?ext=.png)
“Bila Cuaca Terlalu Sejuk, Suara Jadi Sengau” - Jaclyn Victor 3 Kali Masuk Studio, Ada Allergik…
Mencabar juga rakaman lagu Perempuan Jaclyn