Umum mengetahu yang lagu Bertakhta Di Hati memberikan impak besar terhadap kerjaya nyanyian penyanyi Farahdhiya. Malah, lagu itu juga dianggap sebagai lagu ‘berhantu’ kerana kekal menjadi siulan pendengar lagu-lagu tempatan hingga ke hari ini.
Biarpun Farahdhiya, 38, atau nama sebenarnya Nur Farahdhiya Mohd Amin muncul dengan single baharu, ia dikatakan masih tidak dapat menandingi kehebatan lagu itu. Disebabkan itu juga, peminat sentiasa merindukan karya atau lagu balada yang menyentuh jiwa.
Terbaharu, Farahdhiya atau mesra disapa Farah buat pertama kali sepanjang 18 tahun pembibitannya sebagai penyanyi dan anak seni menghasilkan sendiri lagu, Tak Terganti yang disifatkan cukup dekat di hati.
“Sebenarnya tahun ini ada juga keluar dengan lagu duet dengan penyanyi baharu Korea. Tapi lagu itu bukan bergenre balada, ia tak berapa nak menjadi sebab penyanyi pun balik Korea. Ramai sebenarnya peminat saya yang menunggu dan selalu bertanya bila nak keluar lagu balada macam Bertakhta Di Hati itu. Jadi, ini adalah lagu pertama yang saya cipta sepanjang 18 tahun dalam industri ini.
“Sebelum ini tak pernah terfikir untuk cipta lagu sendiri walaupun selalu ada yang bertanya. Saya tak nak buat sebab lebih baik beri kepada mereka yang dah pakar. Tapi yang ini pun saya tak rancang kerana melodi itu datang dengan sendirinya. Bila dah ada melodi saya rasa macam sedap pula dan saya rasa kenapa tidak untuk buat lirik pula. Jadi terhasillah lagu Tak Terganti ini.
“Lagu ini sangat istimewa buat saya sebab pertama kali cipta lagu dan tulis lirik ditambah pula dengan genre balada. Saya harap lagu ini dapat mengubat rindu peminat yang menunggu lagu balada daripada saya,” katanya.
Menurut Farah, lagu Tak Terganti adalah nukilan khas yang ditujukan buat arwah bapanya, Allahyarham Mohd Amin Zubir yang meninggal dunia pada 2020.
“Pernah juga orang tanya untuk buat lagu sendiri, tapi sepanjang 18 tahun itu tak pernah ada keinginan. Pada saya tak apalah biar saya ambil kerja menyanyi saja. Tapi ini pun tak ada dalam perancangan pun.
“Satu hari semasa menjalani penggambaran dalam fasa COVID19, saya duduk dalam satu hotel di Kuala Lumpur. Jadi, ada satu hari waktu sedang mandi melodi itu tiba-tiba datang. Sebab itu melodi asal lagu ini ada bunyi air sekali sebab masa itu sedang mandi. Bila keluar saya rasa sedih dan macam sedap.
“Kemudian, saya keluar untuk ambil telefon. Saya menangis semasa mendendangkan melodi itu walaupun tak ada lirik sebab rasa sayu teringat arwah ayah. Jadi disebabkan itu kenapa tidak saya sambung saja lagu ini. Macam itulah terciptanya lagu ini.
“Setiap hari saya cuba mencari perkataan yang betul untuk lirik ini berdasarkan perasaan saya terhadap ayah. Memang mustahil untuk saya rangkumkan semua perasaan dalam satu lagu. Tapi ia sedikit sebanyak apa yang dapat saya kongsikan. Sekurang-kurangnya ada juga memori sebuah lagu yang saya pernah cipta. Ia memori yang sangat baik untuk disimpan selamanya,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai lagu Tak Terganti yang turut menghiasi lagu tema drama Roti Cicah Susu yang ditayangkan di Slot Mega Drama Astro, Farah berkata, ia dihasilkan awal tahun lalu dan siap dirakam hujung tahun lalu.
“Untuk menyiapkan melodi itu saya rasa tak sampai sebulan. Kemudian lirik dalam seminggu. Selepas itu, rakaman pada hujung tahun lalu, cuma baru sekarang ia dilancarkan. Secara jujur saya tak ada minta pandangan daripada mana-mana komposer.
“Cuma bila digabungkan kesemuanya saya hantar kepada beberapa orang seperti pengurus
saya dan mereka semua suka. Dalam masa sama, saya ada minta bantuan Rudy Nastia untuk membuat susunan semula lagu ini,” katanya.
Farah berkata, lagu Tak Terganti juga menjadi lagu yang paling lama dirakamkan sepanjang pembabitannya sebagai penyanyi.
“Dalam 18 tahun merakam lagu, selalunya saya ambil masa sekejap saja dalam dua jam dah selesai sebab saya seorang yang cepat dalam studio. Tapi lagu ini makan masa paling lama dan susah untuk disampaikan. Saya rasa dalam lima hingga enam jam juga tempoh rakaman.
“Sudah tentu bila menyanyikan lagu ini sentiasa terbayangkan arwah ayah sebab setiap patah perkataan dalam lagu ini ada kena mengena dengan dia. Jadi, apa yang dinyanyikan memang sentiasa terbayangkan dia.
“Kepuasannya memang lain macam bila kita rakam lagu yang segala-galanya dibuat sendiri. Memang lain rasanya daripada menyanyikan lagu orang, itu tidak dinafikan. Saya sangat bangga dengan diri sendiri sebab selama ini rasa macam tak boleh dan tak reti nak buat. Jadi bila dah buat sendiri, sebenarnya boleh saja. Mungkin selepas ini akan ada lagi, siapa tahu kan?” katanya.
Selain lagu yang dihasilkan sepenuhnya, jalan cerita video muzik (MV) Tak Terganti juga adalah idea daripada Farah sendiri.
“Muzik video ini pun jalan ceritanya daripada saya. Sebab pasukan saya mencadangkan supaya teruskan untuk muzik video pula alang-alang lagu adalah sepenuhnya hasil ciptaan saya. Jadi, memang saya keluarkan semua jalan cerita untuk muzik video ini.
“Saya sangat teruja dan mengharapkan peminat akan suka lagu ini. Saya mengharapkan juga sokongan daripada semua orang. Orang yang pernah kehilangan bila dengar lagu ini dia akan dapat rasa apa yang saya rasa. Tak kisah hilang mak ayah, suami atau isteri, adik-beradik atau kawan itu semua adalah kehilangan. Jadi, harapan saya besar untuk lagu ini,” katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Izwan Isa
Tue Oct 25 2022


Bukan Lepas Bersolek, Demi Lovato Kata Dirinya Paling Yakin Sewaktu Lakukan Ini
Demi Lovato nampaknya mempunyai jawapan yang agak berlainan mengenai tahap keyakinan dirinya.
![[FOTO] Nafi Buat Hidung? Ini Koleksi Perbandingan Gambar Mulan Jameela Dahulu & KIni [FOTO] Nafi Buat Hidung? Ini Koleksi Perbandingan Gambar Mulan Jameela Dahulu & KIni](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/hidung-mulan.jpg?ext=.jpg)
[FOTO] Nafi Buat Hidung? Ini Koleksi Perbandingan Gambar Mulan Jameela Dahulu & KIni
Nampak lain atau tidak?

Dituduh Hina Agama Sebab Makan Babi, Influencer Ini Terima Hukuman Setimpal…
Tertuduh yang mengakui dirinya sebagai Muslim

"Baru Nak Shoot, Hujan Turun Selebat-Lebatnya! Terpaksa Tukar..." - Hafiz Nafiah
Filem Mat Kola bakal ditayangkan mulai 21 September.

GV10 : “Tak Malu Pun, Syukur Ada Peluang Timba Ilmu lagi” - Azharina
Bagusnya Azharina, rajin belajar untuk jadi yang terbaik.

Terkenal Dengan Watak Atuk Dalam K-Drama, Byun Hee Bong Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas
Atuk famous K-Drama dah tiada...

TikToker Buat Hal, Seludup & Bangga Makan Nasi Padang Dalam Pawagam
Seorang TikToker yang sengaja membuat konten dengan makan nasi padang dalam pawagam telah menimbulkan pelbagai reaksi oleh warganet.
Dolla Buat Geng-Geng Jantan Lupa Girlfriend, POV Shila Amzah? [Hausboom Music] - Journey To The Fest
Journey To The Fest kali ni Kecik & Sifu HipHop Alip berada di Kota Sepang yang panas lit untuk Hausboom Music 2023! SERIOUS PANAS LIT untuk Day 2! Kita dapat tahu, Fans Masdo ni semua Fake terutama gadis-gadis! Banyak lagi benda gila terjadi! #JourneyToTheFest

“Selagi Tak Nampak Sosok Badan, Bentuk Paha & Betis” - Suami Jadi Penapis Pemilihan Pakaian Neelofa
Neelofa dapatkan kebenaran suami dari segi pemilihan pakaian

Akhirnya! Ameera Khan Jawab Tuduhan Pergi 'Berjudi'
Ameera Khan mengambil langkah untuk enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut.