HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Bibah, Tuyah Buat Masak Lodeh, Siap Ada Pencuci Mulut Thai Jeli Kelapa & Mangga
Pelbagai drama yang disajikan dalam program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’.
Untuk episod kali ini, macam biasa Bibah (lakonan Siti Elizad) bersama Tuyah (Ezu Hashim) akan memasak menu utama iaitu Masak Lodeh serta pencuci mulut, Thai Jeli Kelapa & Mangga.
Sudah semestinya, semua masakan itu menggunakan bahan utama, Goodday Full Cream Milik.
Masak Lodeh
Bahan-Bahan:
- 1 biji bawang putih (dicincang)
- 20gm ikan bilis kopek
- 500ml susu penuh krim Goodday
- 500ml santan
- 2 sudu besar serbuk kunyit
- 2 biji lobak merah (dipotong kecil)
- ½ biji kobis bulat (dihiris)
- 2 ketul tauhu (dipotong dadu)
- 2 ketul tempe (dipotong dadu)
- 3 biji cili merah (dihiris)
- 5 tangkai kacang panjang (dipotong)
- 100gm foochok
- 100gm soohun
Cara memasak:
- Tumis bawang putih dan ikan bilis hingga wangi.
- Masukkan serbuk kunyit, santan, dan susu penuh krim Goodday.
- Masukkan sayur-sayuran, tauhu, tempe, foochok, dan soohun.
- Didihkan dengan api perlahan hingga semua bahan lembut.
- Hidangkan panas bersama nasi impit atau lontong.
Thai Jeli Kelapa & Mangga
Bahan-Bahan:
Lapisan Mangga:
- 250gm isi mangga (dikisar)
- 1 biji kiub mangga
- ½ cawan jus oren
- 1 ½ cawan susu penuh krim Goodday
- 2 sudu teh agar-agar
- 1/3 cawan gula
- 20 helai daun pudina (hiasan)
Lapisan Kelapa:
- 2/3 cawan air
- 1 sudu teh agar-agar
- 4 sudu besar gula
- Secubit garam
- 2/3 cawan santan
Cara masak:
- Masak bahan lapisan mangga sehingga pekat, kemudian tuangkan ke dalam acuan.
- Biarkan lapisan mangga mengeras sebelum menuang lapisan kelapa.
- Untuk lapisan kelapa, masak semua bahan hingga sebati dan tuangkan ke atas lapisan mangga.
- Sejukkan sebelum dihidangkan dengan daun pudina sebagai hiasan.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video