HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Gabungan Sarimah, Tuyah, Bibah Masak Ayam Penyet & Mango Lassi
Memang penuh drama dan menu masakan yang disajikan dalam program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’.
Istimewa untuk episod kali ini, Sarimah (Zarina Zainoordin) kembali bergabung dengan Tuyah (Ezu Hashim) dan Bibah (lakonan Siti Elizad) untuk memasak.
Mereka bertiga bersama artis jemputan, Mat Redho dan Anas Ridzuan menyediakan menu utama iaitu Nasi Ayam Penyet serta ‘dessert’ Mango Lassi.
Sudah semestinya, semua masakan itu menggunakan bahan utama, Goodday Full Cream Milik.
Ayam Penyet
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam (dipotong 4)
- 5 batang serai (diketuk)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 inci lengkuas (diketuk)
- 1/3 cawan biji ketumbar
- 2 biji bawang merah (dicincang)
- ½ cawan susu penuh krim Goodday
Cara memasak:
- Rebus ayam dengan serai, halia, lengkuas, biji ketumbar, dan bawang merah hingga empuk.
- Perap ayam dengan susu penuh krim Goodday selama 30 minit.
- Goreng ayam hingga keemasan dan penyet sebelum dihidang.
Mango Lassi
Bahan-Bahan:
- 3 biji mangga masak (dikisar)
- 2 cawan susu rendah lemak Goodday
- 1 cawan yogurt Greek
- 5 helai daun pudina (hiasan)
- Secubit garam
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 cawan ais ketul
Cara masak:
- Kisar semua bahan sehingga halus dan berkrim.
- Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan sejuk dengan daun pudina sebagai hiasan.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video