Skip to main content

Selebriti

“Debat & Parlimen Tiada Masalah Tapi…” - Syed Saddiq ‘Nervous’ Ketika Akad Nikah, Syukur Dah Jadi Suami Bella Astillah

“Debat & Parlimen Tiada Masalah Tapi…” - Syed Saddiq ‘Nervous’ Ketika Akad Nikah, Syukur Dah Jadi Suami Bella Astillah

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, mengakui berasa gementar ketika lafaz akad nikah bersama Datuk Seri Dr. Hj Zulkifli Mohammad Al-Bakri.
  • Pasangan ini selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup pada 10.40 pagi, selepas bertunang secara rasmi pada 28 Mac 2026.
  • Kisah perkahwinan mereka boleh disaksikan menerusi program Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq yang akan ditayangkan di Astro Ria mulai 6 Oktober 2026.
Advertisement

Akhirnya sah bergelar suami isteri, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui dirinya berasa gementar ketika sesi lafaz akad nikah bersama Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr. Hj Zulkifli Mohammad Al-Bakri.

Menurutnya, dia tidak menyangka dirinya akan begitu gemuruh ketika sesi berkenaan meskipun sebelum ini dia sudah terbiasa dengan aktiviti debat.

Advertisement

“Bila Ustaz Dr Zul kata sah, saya rasa kegembiraan yang luar biasa dan tiada tandingan. 

“Sebelum ini pernah rasa gemuruh. Ingat nak over confident. Debat tiada masalah, parlimen tiada masalah tetapi tadi gementar juga tangan. Alhamdulillah bila dah sah, sekarang alhamdulillah bergelar suami pada pasangan saya,”katanya.

Dalam masa sama, Syed Saddiq turut merakamkan penghargaan buat peminat yang banyak memberikan sokongan dan doa buat mereka selama ini.

Advertisement

“Saya sangat berbesar hati dan bersyukur kerana. Semua dah selesai. Terimakasih yang banyak menghargai dan mendoakan kami sehingga ke saat ini. Kami sangat hargai. Alhamdulillah,”katanya lagi.

Untuk info, Bella dan Syed Saddiq telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi di sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan secara rasmi pada 28 Mac 2026.

Kisah pasangan romantis ini boleh disaksikan menerusi Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq bermula 6 Oktober 2026, setiap Selasa, jam 11 malam di Astro Ria (Saluran 104).

Program berkenaan turut boleh distrim secara On Demand menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Must Watch Video

Advertisement