HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Penuh Gelak Tawa, Che Ton Masak Daging Kurma & Onde-Onde Dengan Daud M
Program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ kini memasuki episod kelima.
Seperti biasa, Che Ton mesti ada teman memasak dan untuk kali ini Daud M dari Kampung Pisang Bersiri-Siri (Joey Daud) akan masak bersama.
Che Ton dengan Daud M masak daging masak kurma, dan onde-onde.
Untuk Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) pula menyediakan pencuci mulut iaitu creme brulee yang menggunakan bahan utama, Goodday Full Cream Milk!
Resepi untuk menu-menu tersebut;
Daging Masak Kurma
Bahan-bahan:
- 1.5 kilo daging.
- Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 4 biji pelaga, 1 kayu manis, 3 cengkih).
- 4 ulas bawang putih.
- 4 biji bawang merah kecil.
- 2 inci halia.
- 4 sb rempah kurma.
- 3 akar ketumbar.
- 1 batang karot.
- 1 biji tomato.
- 2 biji kentang.
- 1-2 biji bawang merah besar.
- 1-2 sb air asam jawa.
- 3 biji cili merah.
- 2 biji cili hijau.
- Daun ketumbar.
- 2 sb kerisik.
- 1 mangkuk santan pekat. ATAU 1 kotak kecil santan.
- Garam secukup rasa.
Cara Memasak:
- Kentang dua biji di belah 2 atau tiga. Tomato di belah 4.
- 3 biji cili merah & cili hijau di potong dua.
- Lobak Merah kupas kulis dan potong besar. Bawang Besar potong 4.
- 2 inci halia di potong kasar, 4 ulas bawang putih potong kasar, bawang merah kecil potong kasar, daun ketumbar dengar akar, potong kasar. (semua bahan ni di tumbuk kasar)
- 4 Sb rempah kurma di campur dengan sedikit air.
- Rebus daging denganr 2 cawan air, sehingga lembut. Simpan air rebusan daging.
- Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan. Kemudian masukkan bahan yang di tumbuk kasar, kacau sehingga kuning dan naik bau.
- Masukkan rempah kurma, dan tumis sampai pecah minyak. Tambah air jika perlu.
- Masukkkan daging. Kacau lagi. Masukkan lobak merah dan bawang besar. Tutup tudung dan biarkan 10 minit.
- Masukkan air rebusan daging. Masukkan kentang. Kemudian masukkan santan.
- Masukkan 2 sudu air asam jawa dan masukkan 2 sudu besar kerisik. Tambah garam secukup rasa. Masak lagi untuk beberapa minit.
- Akhir sekali, masukkan tomato, cili merah dan hijau serta daun ketumbar. Siap untuk di hidangkan.
- Onde Onde
Bahan-bahan untuk jus pandan:
- 5-6 helai daun pandan.
- 1 ½ cawan air.
Bahan-bahan lain:
- 1 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung beras/ tepung gandum
- ¼ sudu kecil pewarna hijau
- gula nisan/ gula melaka secukupnya.
- air rebusan secukupnya.
- ½ biji kelapa parut.
- garam secukup rasa.
Cara Memasak:
- Gunting kasar 5-8 helai daun pandang, masukkan ke dalam pengisar, tambah air dan kisar sehingga halus. Kemudian tapis dan ambil airnya.
- 1 cawan tepung pulut dan 2 sudu besar tepung beras, kemudian di kacau bersama air pandan (masukkan air sedikit demi sedikit)
- Kacau tepung sehingga menjadi doh. Gula nira/melaka di potong kasar.
- 1/2 biji kelapa parut di gaul bersama garam.
- Ambil sedikit doh dan uli bulat, letak kan inti gula melaka di tengah, dan bulat kan.
- Panaskan air di dalam periuk. Setelah api mendidih, masuk kan bulatan doh ke dalam air. Apabila doh mula terapung, boleh diangkat dan digaul dengan kelapa parut.
- Siap untuk di hidang
Creme brulee
#Bahan bahan:
- 6 biji telur kuning - suhu bilik
- 100 gram gula pasir - boleh kurangkan jika tidak suka manis
- 500 gram whipping cream - suhu bilik
- 1 ½ sudu kecil esen vanilla
- Gula pasir secukupnya - untuk caramelised
- 6 bekas ramekin
- Goodday Full Cream Milk
Cara cara:
- Panaskan oven pada suhu 150CF. Asingkan telur putih dan telur kuning. Simpan telur putih untuk kegunaan akan datang.
- Di dalam mangkuk besar, putar telur kuning dengan gula sehingga gula hancur and adunan kembang dan berwarna kuning pucat.
- Whipping cream dipanaskan sehingga kelihatan mulqi mendidih di tepi periuk. Tuang whipping cream dan extract vanilla. Putar perlahan sehingga sebati.
- Tapis adunan ke dalam 4 bekas ramekin atau cawan kastard sehingga ¾ cawan penuh sahaja. Dengan cara ini, permukaan akan menjadi lebih licin dan rata.
- Susun bekas ramekin ke dalam dulang pembakar yang menpunyai pemegang untuk dibakar dengan kaedah water bath. Perlahan lahan tuang air panas ke dalam dulang tadi sehingga ianya hampir ketinggian bekas ramekin.
- Bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak. Untuk mengetahui masak dengan cara menyentuh di tengah custard dan ianya tidak melekat pada jari.
- Keluarkan dulang dari oven dan biarkan bekas ramekin di dalamnya sehingga air di dalam dulang menjadi sejuk.
- Keluarkan bekas ramekin dari dulang air tadi dan lapkan air sekelilingnya. Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk sekurang kurangnya selama 2 jam.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 ptang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video