HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Rancak Sarimah & Tuyah Masak, Ini Resepi Penuh Gulai Ayam Serta Air Mangga Susu
Amboi makin rancak Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) memasak dalam program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’.
Untuk episod kali ini, Sarimah dan Tuyah akan sediakan menu utama iaitu Gulai Ayam serta minuman segar, air Mangga Susu.
Sudah semestinya, semua masakan itu menggunakan bahan utama, Goodday Full Cream Milik.
Gulai Ayam
Bahan-Bahan:
- 5 biji bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 inci lengkuas (dihiris)
- ½ ekor ayam segar (dipotong kecil)
- 2 sudu besar rempah gulai
- 1 sudu besar rempah ketumbar
- 1 sudu besar cili boh
- 1 cawan santan
- ½ cawan susu penuh krim Goodday
- 1 keping asam keping
- 1 sudu besar kerisik
- 2 sudu besar gula melaka
- Secubit garam
- 1 cawan beras basmathi
- 2 cawan keropok ikan (belum digoreng)
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, serta lengkuas hingga wangi.
- Masukkan rempah gulai, rempah ketumbar, dan cili boh. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam berubah warna.
- Tuangkan santan, susu penuh krim Goodday, asam keping, kerisik, dan gula melaka. Kacau sebati.
- Masak sehingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat. Tambah garam secukup rasa.
- Hidangkan gulai ayam bersama nasi putih dan keropok ikan yang telah digoreng.
Air Mangga Susu
Bahan-Bahan:- 600gm mangga masak (dikisar)
- 2 cawan susu penuh krim Goodday
- 1 sudu besar esen vanila
- 2 cawan gula perang
- Secubit garam
Cara Memasak:
- Kisar mangga hingga halus bersama gula perang.
- Tuangkan susu penuh krim Goodday dan esen vanila ke dalam kisaran mangga.
- Tambahkan secubit garam dan kacau sebati.
- Sejukkan sebelum dihidang.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video