Program popular All Together Now Malaysia (ATNM) merupakan satu platform terbuka kepada semua menonjolkan bakat dalam bidang nyanyian serta dijurikan oleh 50 selebriti popular tidak kira penyanyi dan pelakon.

Selepas muncul dalam musim pertama di Malaysia pada tahun lalu, khabarnya ATNM musim kedua bakal muncul untuk musim terbaharu Disember nanti.

Seperti biasa, selain peserta yang berbakat besar dalam nyanyian tidak kira muda atau tua, apa yang dinanti-nantikan adalah barisan jurinya yang meriah dan ramai daripada program nyanyian lain.

Malah jurinya pula bukan sahaja terdiri daripada penyanyi sahaja tetapi ada juga pelakon, pelawak malah pengacara dan penyampai radio.

Namun adakah 50 juri atau kapten (ketua juri) untuk musim kedua masih menghimpunkan selebriti popular yang sama seperti musim yang lalu?

Apa yang pasti, Datuk Syafinaz Selamat antara yang disebut menjadi juri ATNM musim kedua nanti?

Menerusi satu video yang dimuat naik ke akaun TikTok peminat juri Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang menggunakan nama @Datuk SyafinazFANS mengumumkan dia sebagai kapten kepada ATNM 2.

Menerusi video itu Elly Mazlein telah memperkenalkan Syafinaz sebagai kapten di acara Astro Showcase Party yang diadakan baru-baru ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendali 49 selebriti yang menjadi juri nanti,” kata Syafinaz.

Jika Syafinaz kapten, siapa pula 49 lagi selebriti yang akan menjadi juri ATNM 2? Nantikannya Disember nanti!
@syafinazselamat.fans Replying to @zwanyaakop Kapten untuk musim ke-2 All Together Now Malaysia - Datuk Syafinaz ? #atnmy #atnmy2 #alltogethernowmalaysia #alltogethernowmalaysiamusim2 #kapten #juri #judge #astroshowcaseparty #datuksyafinaz #syafinazselamat #keanuazman #ellymazlein #kaklinapompom ♬ original sound - Datuk Syafinaz FANS