Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Tersenarai Artis Tak Pandai Menyanyi, Ini Respons Elizabeth Tan - “Yang Penting Saya Sedar Diri Sebab Itu…”

Elizabeth Tan

Sekilas

  • Seorang wargamaya di Threads menyenaraikan tiga artis Malaysia yang didakwa tidak mempunyai suara merdu iaitu Nabila Razali, Elizabeth Tan, dan Daiyan Trisha.
  • Elizabeth Tan mengakui dia tidak pandai menyanyi tetapi percaya suaranya unik dan kini jarang menyanyi kerana sedar kekurangan tersebut.
  • Rata-rata netizen menolak dakwaan itu kerana ketiga-tiga artis tersebut mempunyai lagu hit yang popular di kalangan pendengar.
Advertisement

Seorang wargamaya berkongsi pendapat peribadinya mengenai selebriti Malahsua yang didakwa tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan menyenaraikan tiga artis Malaysia yang tidak boleh menyanyi disebabkan tak mempunyai suara merdu. 

 

“Tiga artis Malaysia yang tak boleh menyanyi dan suara tak sedap. 1) Nabila Razali, 2) Elizabeth Tan, 3) Daiyan Trisha,” tulisnya. 

 

Menyedari namanya ada dalam senarai tersebut, Elizabeth Tan mengakui dia tidak pandai menyanyi namun beranggapan dirinya mempunyai tone suara yang unik. 

 

Malah penyanyi lagu Knock Knock itu juga berkata dia kini jarang menyanyi kerana sedar diri tidak mempunyai bakat ke arah itu. 

 

“Hmm saya rasa tone suara saya mungkin unik sikit cuma saya memang taj pandai menyanyi sangat la. Yang penting saya sedar diri sebab itulah saya jarang menyanyi,” tulis Elizabeth. 

 

Bagaimanapun rata-rata netizen menyangkal dakwaan individu tersebut memandangkan semua artis dalam senarai berkenaan mempunyai lagu yang hit dan menjadi siulan ramai. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Must Watch Video

Advertisement