Selepas mencuri tumpuan dengan pelbagai genre drama kualiti premium seperti Projek High Council, One Cent Thief, Liar dan Kudeta, Astro Originals kembali dengan siri terbaharu berjudul Jack Yusof.
Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, Jack Yusof bakal mempersembahkan genre dan mood berbeza jika dibandingkan dengan deretan drama di bawah jenama Astro Originals sebelum ini.
BACA: [FOTO] High Council Cipta Fenomena Sesi Finale Viewing Party Meriah! Dah Macam Meet & Greet Artis Korea
“Kali pertama kami bekerjasama dengan produksi KL Motion Pictures Company adalah menerusi drama premium I-Tanggang, dan lanjutan daripada kolaborasi baik tersebut, hubungan strategik diteruskan menerusi projek terbaharu, Jack Yusof.
“Siri Astro Originals ini membawakan genre dan mood berbeza jika dibandingkan dengan deretan drama di bawah jenama Astro Originals sebelum ini. Memahami kehendak penonton, kami cuba membawakan variasi kandungan dan percaya Jack Yusof mampu memikat hati menerusi jalan ceritanya yang amat dekat dengan masyarakat Malaysia dengan meneroka dinamik hubungan famili, kematangan peribadi dan kemaafan.
“Genre komedi dan kekeluargaan sememangnya forte pengarah Wan Hasliza, jadi harapan kami Jack Yusof mampu mencipta fenomena dan menjadi drama pilihan keluarga,” katanya.
Sementara itu, pengarah, penulis skrip dan pemilik idea asal Jack Yusof, Wan Hasliza Wan Zainuddin berkata, idea menghasilkan Jack Yusof tercetus selepas melihat situasi sahabatnya sendiri.
“Saya yakin isu wali dan elemen hubungan ibu bapa yang terlerai jarang didedahkan. Saya cuba menyampaikan isu tersebut sebagai subjek utama dalam Jack Yusof.
“Meskipun masih menerapkan elemen kekeluargaan seperti naskhah terdahulu, namun saya tampilkan kelainan dari sudut produksi, kerana untuk menggambarkan Jack Yusof adalah seorang bintang filem yang besar, maka kami harus memaparkan beliau ramai peminat serta bekerja dalam set penggambaran, jadi penonton dapat lihat di sebalik tabir penggambaran. Kami harap penonton akan terhibur dengan Jack Yusof,” katanya.
Jack Yusof menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama menerusi drama bersiri selepas lebih 10 tahun. Rosyam membawakan watak komedi sebagai Jack Yusof iaitu seorang aktor senior yang popular, namun masih kelihatan muda kerana kerap menggunakan suntikan botox.
Walaupun hidup dalam kemewahan dan digilai ramai, tetapi Jack banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya, termasuklah meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika masih bayi. Selepas beberapa tahun, Aida tiba-tiba muncul menghubungi Jack dengan satu tujuan.
BACA: Drama Liar Semakin 'Intense', Penonton Mula Lepas Geram Dengan Watak Dr Aiman - "Ada Tease Orang Mati Kat Sungai, Aku Harap..."
Selain Rosyam, siri ini dibintangi Sharifah Husna, Raja Ema, Rashidi Ishak, Hafiz Halim, Fadlan Hazim, Adriana Adnan, Loganathan Kanabathy, Syed Muhammad Baqir, Uncle Samsuri dan tidak ketinggalan penampilan istimewa oleh Che Puan Sarimah Ibrahim, Raja Azura, Zain Hamid, Angeline Tan, Zarina Anjoulie, Steve Yap, Taufik Hanafi, Dian Fernandez, Maca (Marsya), Haidar Hasanuddin dan Amy Nur Tinie.
Drama 8 episod ini akan mula menemui penonton di platform On Demand dan Astro GO bermula 17 Jun, setiap Sabtu bermula jam 12 tengah malam dan di Astro RIA saluran 104 bermula 26 Jun, setiap Isnin, jam 9.00 malam.
Izwan Isa
Tue Jun 13 2023
The Weeknd Sumbang RM9.5 Juta Buat Bantuan Makanan Di Gaza
Penyanyi terkenal, The Weeknd sekali lagi menyalurkan derma RM11.7 juta daripada organisasi miliknya XO Humanitarian Fund dalam usaha menyediakan 18 juta keping roti untuk membantu keluarga di Gaza.
Tak Kisah Dikecam, Erma Fatima Terbuka Kerjasama Dengan Aliff Aziz & Ruhainies
Tidak terganggu dengan kecaman, pengarah dan penerbit, Erma Fatima enggan menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan pelakon kontroversi Ruhainies dan Aliff Aziz pada masa akan datang. Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, bakat yang dimiliki dua selebriti itu tidak ada kena mengena dengan masalah peribadi yang dihadapi buat
Labelkan Anak Dajjal Kecil & Beri Kata-Kata Kesat, Caprice Cari Budak Biadap Sampai Lubang Cacing - “Kita Jumpa Depan Depan”
Melampaunya sampai hina anak orang.
Platform Untuk Merentasi Industri Lain, Kerjasama Filem The Experts Dengan Calpis Soda Jadi Tanda Aras
Filem The Experts kerjasama dengan Calpis Soda.
Ruhainies Maafkan Netizen Bergosip Tentangnya - “Mereka Tak Nampak Apa Yang Sebenarnya Berlaku..”
Aktres sensasi, Ruhainies mengakui akan memaafkan individu yang bergosip tentang isu kontroversi nya baru-baru ini.
"Kahwin Jer Senang, Nak Akak Sponsor?" - Ifa Raziah Mohon Aliff Aziz, Sarah Yasmine Selesaikan Kemelut, Netizen Dua Negara Tak Bertelagah!
Selebriti versatil, Ifa Raziah menyeru agar semua pihak yang terbabit dalam kontroversi melibatkan selebriti Singapura iaitu Aliff Aziz dan Sarah Yasmine agar berhenti daripada terus bertelagah dan menyebarkan aib satu sama lain.
Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual Produk Dalam SGD - “Kenyang Kan?”
Pempengaruh dan pencipta kandungan dari republik itu, Hafidz Abdul Rahman memulangkan paku buah keras keras kepada Erma Fatima.
Aaron Aziz Enggan Ulas Kontroversi Aliff Aziz - “Saya Harap Masalah Itu Tak Jejaskan Peluang…”
Aaron harap isu itu tak jejas peluang orang lain.
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.