Laman Utama

#DariPandanganUyainaArshad: SPM, Permulaan Atau Pengakhiran?

gempak
Uyaina Arshad
18/06/2021
07:30 MYT
Sponsor Banner
#DariPandanganUyainaArshad: SPM, Permulaan Atau Pengakhiran?
Result SPM tahun 2020 baru je diumumkan baru-baru ini. Cukup memberangsangkan untuk adik-adik SPM zaman PKP apabila keputusan peperiksaan tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh 5 tahun. Walupun ada pelbagai kekangan disebabkan pandemik, mereka mampu buktikan yang pelajaran masih lagi boleh diutamakan. Tahniah adik-adik semua!
Teringat pula saya pada tahun 2009, saat saya beratur nak masuk dewan peperiksaan untuk menduduki SPM.
Saya belajar di SBPI Gopeng, aliran Sains Tulen. Saya ada 10 mataplelajaran termasuklah Biologi, Matematik Tambahan, Fizik, dan Kimia. Waktu tu, kawan-kawan semua pandai-pandai. Saya pula, tak berapa mahir dalam matapelajaran Sains. Tapi entah kenapa ambil jurusan tu dulu.
Dan terbukti apabila keputusan SPM diumumkan, saya bukanlah pelajar “Straight A’s” seperti rakan-rakan yang lain. Saya cuma dapat skor 7A sahaja. Namun saya masih lagi bersyukur sebab saya betul-betul kurang minat subjek sains dan kira-kira.
Kemudian, tiba masa untuk isi borang UPU. Bagi saya, ini adalah antara moment terpenting bagi seorang pelajar, dan bukanlah keputusan SPM semata-mata.
Memandangkan saya sangat aktif dalam pertandingan debat dan pengucapan awam waktu di sekolah dulu, jadi saya pun pilih jurusan Undang-Undang antara pilihan untuk saya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Betul lah kata orang, kalau kita belajar sesuatu berdasarkan minat dan kemampuan, kita pasti boleh skor!
Semester pertama saya di Asasi Undang-Undang UiTM Shah Alam, saya berjaya dapat 4 flat, semester kedua pula, 3.95. Walaupun sedikit kecewa kerana tak dapat 4.0 untuk sem 2 juga tetapi saya semakin faham kemampuan diri dan otak saya berfungsi lebih baik dalam bidang yang memerlukan saya untuk menghafal, berhujah, bermain dengan fakta dan melontarkan pendapat.
Dari situ, saya diterima masuk ke Universiti Malaya dan saya berjaya menghabiskan 4 tahun LLB (Hons) dengan keputusan yang cemerlang. Syukur Alhamdullilah.
Buat adik-adik semua, SPM bukanlah pengakhiran ataupun penentuan. Ianya adalah suatu permulaan. Dan pastinya orang yang ada permulaan yang baik, akan lebih tersusun jalannya. Tetapi, walaupun dengan keputusan yang kurang baik, tidak bermakna kita tidak boleh berjaya.
Sematkan tekad di hati dan ingat 4 perkara ini: Kenal pasti kemampuan diri, cari gali minat di hati, ikhlaskan diri dalam menimba ilmu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar yang seimbang dari segi akademik, sahsiah, dan soft skills.
Zaman belajar adalah tempoh percubaan terbaik untuk menyiapkan kita menempuhi ‘dunia sebenar’ di alam pekerjaan nanti. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Selamat maju jaya adik-adik semua!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live