Laman Utama

Suara Sumbang Keisya Levronka Pemenang AIM 23 Jadi Perhatian, Netizen Pernah Minta Miming Saja

gempak
Maliah Surip
13/09/2022
12:55 MYT
Sponsor Banner
Suara Sumbang Keisya Levronka Pemenang AIM 23 Jadi Perhatian, Netizen Pernah Minta Miming Saja
Penyanyi kelahiran Indonesia, Keisya Levronka baru menerima penghargaan di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 di Malaysia pada 11 September 2022.
Keisya telah dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Lagu Berbahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara.
Selain diberi kesempatan memberi ucapan, penyanyi muda itu juga diberi peluang membuat persembahan sekaligus mendendangkan lagu hit miliknya, Tak Ingin Usai.
Sayangnya, nyanyian gadis berusia 19 tahun itu disifatkan ‘gagal’ atau sumbang pada beberapa ‘tempat’.
Portal Kompas yang mengambil beberapa komen dari YouTube Astro Gempak yang mengatakan suara penyanyi muda itu sengau dan tidak sedap.
Malah ada netizen yang mengkritik nyanyian Keisya ‘teruk’ jika dibandingkan dengan penyanyi tempatan.
Ternyata penampilannya menyanyi sumbang bukan kali pertama terjadi. Keisya sebelum ini berhadapan dengan isu sama apabila menerima kritikan pedas dalam kalangan peminat di republik tersebut apabila gagal menyanyikan lagu tersebut dengan baik.
Ini termasuklah saat dia tampil dalam sebuah acara ulang tahun sebuah stesen televisyen tempatan terkenal.
Video Keisya mendendangkan lagu Tak Ingin Usai yang sumbang sempat menjadi viral dan diparodikan oleh banyak pihak. Dia malah dicadangkan untuk tampil menyanyi secara miming daripada terus memalukan dirinya kerana tidak boleh menyanyi dengan baik.
Keisya bagaimanapun menerima baik komen dan kritikan yang diberikan kepadanya.
Namun segelintir penggiat seni menyatakan lagu tersebut memang sukar dibawakan dan mungkin kerana kepenatan, Keisya menyanyikan lagu tersebut sehingga sumbang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live