Pengacara Dayah Bakar selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Jumaat.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Dayah sendiri menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. 29/12/2023 dengan limpah kasih dan kebesaranNya, baby adik telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat jam 11.01 pagi.

“Alhamdulillah kedua baby dan ibu dalam keadaan yang baik. Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami. Hanya Allah mampu membalasnya. P/s : Its another hero,” maklumnya.

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

BERITA TRENDING: [Video] Baru Berusia 8 Bulan, Dayah Bakar Sudah Hantar Anak Ke Sekolah - "Fahri Boleh Jumpa Friends, Sekejap Je..."


Bagaimanapun Dayah masih belum mendedahkan wajah anak keduanya.

Untuk rekod, Dayah berkahwin dengan Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018.

Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.