Pelakon, Dayana Roza selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Sabtu.
Berita gembira itu dimaklumkan oleh suaminya, A'dale Adham Ayahudin menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram mereka.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan baby boy kami jam 1.56 malam tadi, sabtu 30.12.23 secara emergency, c-section.
“Baby dan mama dalam keadaan baik sekarang. Terima kasih yang mendoakan,” tulisnya.
Sementara itu, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti.
