Hiburan
“Dear Baby R, We Are So Lucky To Have You”- Nelydia Senrose Syukur Raysha Rizrose Selamat Bersalin Baby Girl
Pelakon, Raysha Rizrose dilaporkan selamat menimang cahaya mata perempuan.
Syukur kelahiran baby R
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh kakaknya iaitu pelakon, Nelydia Senrose menerusi satu hantaran di Insta Story pada Ahad.
Menurut Nelydia, dia bersyukur kerana adiknya kini sudah bergelar dan memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.
“Adik yang selalu ikut ke mana-mana dan bergaduh bersama sebelum ini sudah melahirkan seorang bayi. “Syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang kami sekeluarga terima ini. Semoga Allah sentiasa menghujani keluarga ini dengan penuh barakah dan kasih sayang,” coretnya.
Raysha kini pikul tanggungjawab seorang ibu
Dalam hantaran yang sama, Nelydia turut menyatakan dia percaya bahawa adiknya dan suami iaitu Nabil Jeffri mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.“Semoga awak membesar menjadi sihat, cantik, dan kuat seperti ibu awak,” tulisnya.“Kami tahu anda akan menjadi ibu bapa yang baik kepada baby R (panggilan nama bayi). “Kami sangat teruja untuk melihat mereka melaksanakan tanggungjawab baharu sebagai ibu bapa. “Baby R, awak amat disayangi dan kami sangat bertuah memiliki awak.
Terdahulu, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Raysha Rizrose Percaya Wanita Boleh Tinggi Diri Bila Ada Duit, Beri Pesan Buat Para Isteri
ARTIKEL BERKAITAN: “Tentunya Dia Sangat Comel & Itu Membuatkan….” - Suami Senaraikan Keperibadian Raysha Rizrose Yang Memikat Hati
Must-Watch Video