Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun tampil memberi teguran buat para wanita yang kini dilihat kerap mengikut trend-trend terkini di aplikasi media sosial termasuklah melakukan aksi tarian.

Menerusi akaun Facebook rasminya, Ustazah Asma’ menasihatkan agar kaum wanita tidak kira sama ada muda atau tua supaya jangan terikut dengan konten yang boleh mendatangkan negatif.

“Duhai Wanita Islam, yang tua atau muda, atas apa jua tujuan, elak, delete dan berhentilah buat content dengan aksi joget atau tarian ya.

“Sama ada benda simple atau beria, ringan atau berat, dedah atau tutup aurat, semua sama sahaja, malu itu iman,” tulisnya.

Perkongsian Ustazah Asma’ itu juga menarik minat warganet dan rata-ratanya bersetuju dengan teguran lembut berkenaan.

Malah mereka juga merasakan ada antara wanita semakin berani melakukan tarian tanpa menghiraukan sama ada ia keterlaluan atau pun tidak.



Sebelum ini, kerap tular video pendek merakamkan aksi para wanita mengikuti trend dengan menari lagu-lagu tarian terkini yang kemudiannya disertakan dengan hashtag #dancechallenge di beberapa aplikasi media sosial terkenal.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!