Hiburan

Dedah Bekas Suami Yang Minta Cerai, Yulhee Risau Efek Emosi Anak – “Perceraian Adalah Pilihan Paling Akhir Apabila Sudah Tiada Jalan Lain”

gempak
Mya Amri
23/10/2024
16:00 MYT
Sponsor Banner
Dedah Bekas Suami Yang Minta Cerai, Yulhee Risau Efek Emosi Anak – “Perceraian Adalah Pilihan Paling Akhir Apabila Sudah Tiada Jalan Lain”
Bekas anggota Kumpulan K-Pop LABOUM iaitu Yulhee mendedahkan bekas suaminya, Minhwan merupakan orang yang pertama meminta cerai.

Rumah tangga berubah selepas tahu kebenaran

Yulhee mendedahkan perkara itu dalam episod terbaharu program berjudul Now, I'm Alone yang bersiaran pada Selasa.
Menurut Yulhee, pada mulanya dia tidak berasa perkahwinannya mempunyai sebarang krisis rumah tangga namun segalanya berubah selepas mengetahui kebenarannya.

“Saya tidak rasa ada sebarang krisis yang berlaku, sebab itulah saya mempunyai begitu banyak memori dan kenangan manis.

“Namun selepas saya mengetahui cerita sebenar, saya berasa seperti neraka. Perceraian itu adalah sesuatu yang saya hadapi tanpa diduga,” katanya

Berpisah jalan paling terbaik

Mengulas mengenai perceraiannya, Yulhee berkata mereka merasakan keputusan untuk berpisah adalah jalan yang terbaik.
“Semasa isu perceraian mula memasuki hidup saya, pada mulanya saya berfikir mungkin perkara ini boleh cuba diatasi.

“Saya sendiri percaya yang kami boleh melalui dugaan di saat-saat genting kerana kami saling mencintai antara satu sama lain dan mempunyai anak bersama.“Namun sebaliknya berlaku apabila saya menyedari masalah ini tidak dapat diatasi kerana jurang antara kami telah menjadi terlalu dalam dan perpisahan adalah jalan terbaik untuk kami,” jelasnya.

Bimbang beri kesan pada emosi anak-anak

Dalam pada itu, Yulhee juga turut menyatakan kebimbangan mengenai perceraian mereka kerana dikhuatiri memberikan kesan terhadap emosi anak-anak mereka.

“Saya benar-benar bimbang tentang bagaimana perkara ini akan menjejaskan mereka. Ini bukan soal sama ada saya boleh membesarkan mereka atau tidak.“Tetapi lebih kepada kecederaan emosi yang mungkin mereka alami. Perceraian adalah pilihan yang anda buat apabila sudah tiada pilihan lain,” ujarnya

Terdahulu, Yulhee mendirikan rumah tangga dengan anggota kumpulan FT Island, Choi Minhwan pada 2018. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki dan anak kembar bersama-sama.
Bagaimanapun, selepas lima tahun berkahwin, mereka mengumumkan perceraian pada Disember tahun lalu dan hak penjagaan diserahkan kepada Minhwan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024