Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Dedah Wajah Baby Boy, Bulu Mata Anak Fatin Afeefa Jadi Bualan Netizen - “Handsomenya Dia, Eyelashes Lentik Macam Mommy”

Mya Amri
07/10/2024 16:00 MYT
Pelakon, Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang akhirnya mendedahkan wajah dan nama anak lelaki mereka di sebuah majlis Aqiqah.

Bulu mata anak cantik


Memilih nama Muhammad Jibril, anak lelakinya itu kelihatan sangat comel menggayakan persalinan baju melayu berona ‘baby blue’.

Selain kecomelan wajahnya, netizen juga turut tertarik dengan bulu mata Muhammad Jibril yang panjang dan cantik seperti ibunya.


Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji bulu matanya yang kelihatan seperti memakai maskara.

Berikut merupakan foto-foto di majlis Aqiqah Muhammad Jibril yang berlangsung pada Ahad.

A post shared by AFEEFA ??? (@fatinafeefa)


Terdahulu, Fatin sebelum ini selesa memilih untuk mengunci mulut daripada menjawab dakwaan mengenai sudah melahirkan cahaya mata ketiga hasil perkahwinan dengan Opai.

Fatin mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh dan usahawan, Opai pada Disember 2022 dalam sebuh majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN:Teka-Teki Terjawab, Suami Fatin Afeefa Dedah Baby Kini Usia 7 Bulan - “Takkanlah Tak Boleh Nak Beritahu Dunia Saya Ada Anak Baru”

ARTIKEL BERKAITAN:Fatin Afeefa Larang Anak Ceburi Bidang Seni, Mahu Lebih Berjaya Dalam Pelajaran - “Saya Berhak Tentukan…”

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Jadikan Virus Monkeypox Sebagai ‘Joke’, Ini Respons Fatin Afeefa - “Yang Pasti Itu Bukan…”

ARTIKEL BERKAITAN:Hormat Permintaan Suami, Fatin Afeefa Berhenti Berlakon & Menyanyi - “Dia Kata Semua Itu Adalah Aurat”

ARTIKEL BERKAITAN:“Pakai Tudung Tak Wajib Tapi Tutup Aurat Itu…” - Fatin Afeefa



Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun sah bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan kedua itu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7.

Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.

#Anak #Handsome #Bulu Mata #Fatin Afeefa #Opai #Muhammad Jibril
;