Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mengakui masih belum sedia untuk berkahwin dengan kekasihnya Ranveer Singh dalam masa terdekat.

Times of India melaporkan Deepika masih tiada perancangan untuk melangsungkan perkahwinan kerana dia kini masih mempunyai kurang persediaan mental terhadap perkara itu.
Hide original message

"Meskipun usia saya sudah mencecah 31 tahun namun saya masih belum bersedia untuk berkahwin bersama Ranveer Singh.

"Usia bukanlah sesuatu ukuran untuk saya segera berkahwin kerana bagi saya persediaan mental amatlah penting untuk melangsungkan sesebuah perkahwinan.

"Saya juga masih tiada lagi perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini kerana kini masih sibuk dengan kerjaya.

"Ini kerana saya tidak mahu membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin kerana umur saya semakin meningkat," katanya.

Olahan Oleh : Rozaimi Zubaidi