Bintang Bollywood Deepika Padukone dan Ranveer Singh mengesahkan bakal berkahwin pada 14 November depan.

Pengumuman itu dibuat menerusi akaun Instagram kedua-dua pelakon itu semalam.

"Dengan restu keluarga kami, majlis perkahwinan kami akan diadakan pada 14 dan 15 November 2018.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada doa kalian bertahun-tahun dan memohon restu anda untuk perjalanan hidup baharu kami nanti," tulis pasangan terbabit.

A post shared by Deepika Padukone (@deepikapadukone) on


Deepika dan Ranveer mula menjalinkan hubungan sejak lima tahun lalu sejak membintangi filem Goliyon Ki Raasleela - Ram Leela arahan Sanjay Leela Bhansali.

Kemudian, beberapa buah filem Sanjay Leela selanjutnya antaranya Bajirao Mastani dan Padmaavat menyaksikan gabungan berkesan Deepika dan Ranveer.

Kisah cinta mereka tidak didedahkan kepada umum sehinggalah gosip mengenai pasangan terbabit ke Sri Lanka untuk bertemu keluarga masing-masing tersebar Januari lalu.