HIBURAN
DeFam Tiada Lagu Raya Tahun Ini, Azira Shafinaz Harap ‘Alamak Raya Lagi’ Jadi ‘Evergreen’ - “Ramai Yang Tanya Kenapa…”
Ahli kumpulan DeFam iaitu Azira Shafinaz meluahkan rasa syukur apabila lagu mereka berjudul ‘Alamak Raya Lagi’ mendapat tontonan lebih 50 juta di YouTube.
Tahap berbeza
Menerima banyak pertanyaan mengenai lagu raya tahun ini, Azira bagaimanapun berkata karya tersebut sudah berasa di tahap yang berbeza selain berharap ia akan menjadi ‘evergreen’.
ARTIKEL BERKAITAN: Reda Cinta 12 tahun Berakhir Dengan Perpisahan, Azira Shafinaz Harap Bertemu Jodoh Lebih Memahami - “Mana Tahu Tahun Depan Saya…”
ARTIKEL BERKAITAN: Kekal Positif, Perceraian Artis Tak Buat Azira Shafinaz Takut Kahwin - “Setiap Orang Lalui Kesukaran Hidup…”
ARTIKEL BERKAITAN: Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Beri Impak Besar, De Fam Tak Terfikir Tukar Lirik - “Kita Tak Ada La Nak Menambah Baik…”
“Alhamdulillah, lagu Alamak Raya dah dapat lebih 50 juga tontonan di YouTube. Kami pun ada kerjasama dengan DJ dari Indonesia juga, ada buat remix ala-ala degum style, dangdut.
“Tapi untuk tahun ini, ramai yang tanya kenapa DeFam tak keluarkan lagu raya, tapi saya rasa lagu Alamak Raya dah terlampau istimewa dan dah hit satu penanda aras yang kita tak boleh nak tapau dah.
“Jadi, kalau boleh saya harapkan lagu itu akan menjadi lagu ‘evergreen’ macam lagu sebelum ini dan sampai bila-bila dan setiap tahun orang ada permintaan,” katanya kepada Gempak.
Tak sedondon
Berkongsi mengenai sambutan Aidilfitri, pelakon drama bersiri One Cent Thief ini memberitahu dia dan keluarganya sudah lama tidak memakai pakaian sedondon pada pagi raya.
“Kami tak ada tradisi bila raya… tak ada baju sedondon. Baju raya memang ikut suka, keluarga saya memang tak nak sedondon. Memang dah lama kami tak ada baju sama warna.
“Tapi mungkin masa saya kecil itu, ada la pakai baju sedondon. Malah ibu dan ayah saya sendiri pun tak pakai baju sedondon.
“Baju raya saya pun beli hanya tiga pasang sahaja. Alhamdulillah ada kawan designer bagi juga la,” katanya.
Must-Watch Video