HIBURAN
Reda Cinta 12 tahun Berakhir Dengan Perpisahan, Azira Shafinaz Harap Bertemu Jodoh Lebih Memahami - “Mana Tahu Tahun Depan Saya…”
Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz tidak menganggap percintaan 12 tahun dengan bekas teman lelakinya yang sudah berakhir dengan perpisahan pada tahun lalu membuang masa.
Tiada keserasian
Enggan berkongsi lanjut mengenai punca perpisahan tersebut Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 34, reda tiada lagi keserasian antara mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Kembali Solo, Azira Shafinaz Tak Tertekan Fikir Soal Kahwin - “Saya Percaya, Bila Dah Sampai…”
ARTIKEL BERKAITAN: Pengiktirafan Luar Negara, Langkah Awal Azira Shafinaz Teroka Produksi Luar - “Kalau Boleh Saya Juga Mahukan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Asia Pasifik, Azira Shafinaz Kongsi Hasrat Mahu Bolos Pasaran Indonesia - “Ada Terima Tawaran Tapi…”
"Nak buat macam mana jodoh tak panjang, tapi saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya ini dan doakan jodoh saya. Mana tahu tahun depan saya berkahwin?
"Banyak perkara saya belajar daripada hubungan itu tapi cukup hanya saya saja yang tahu. Bercinta terlalu lama mungkin sudah tidak serasi atau tiada 'spark' lagi.
"Saya percaya pada jodoh, kalau ada mungkin saya bersama dengan dia," katanya kepada Gempak
Azira berkongsi perkara itu ketika majlis buka puasa Astro Shaw bersama anak-anak yatim bertempat di Espira Kinrara, Puchong pada petang Ahad.
Bukan kali pertama
Menurut ahli kumpulan DeFam ini, perpisahan kali ini membuatkan dia lebih tenang berdepan memandangkan ia bukan kali pertama berlaku.
Kata Azira, dia juga tidak pasti sama ada sudah ‘move on’ sepenuhnya namun memberi lebih fokus terhadap kesihatan mentalnya.
"Putus berkali-kali, mestilah putus kali pertama paling sakit... lama-lama ke ‘dalam’ cuma kali ini lebih tenang.
"Nak kata sepenuhnya ‘move on’ itu tak pasti tapi saya sudah tidak fikirkan perkara itu. Sekarang ini saya cuma nak jaga mental saya kerana itu lebih penting," ujarnya.
Lebih memahami
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri One Cent Thief ini juga berharap agar dipertemukan dengan seseorang yang serasi dan memahami selepas ini.
“Kalau boleh nak mencari pasangan memahami tentang kerjaya sebab kadang-kadang saya sendiri tiada masa untuk diri sendiri.
“Jadi kalau dapat pasangan tidak memahami mungkin akan jadi isu… saya sudah bersedia (berkahwin) cuma cincin dan jodoh yang tiada,” ujarnya.
Pada Oktober 2023, Azira seolah-olah memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya apabila berkongsi ucapan romantis buat kekasihnya yang dikenali sebagai Yasser Khan.
Azira juga berkongsi foto kekasih hatinya berserta kapsyen seakan menanti giliran disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi.
Must-Watch Video