Hiburan

Dekorasi Macam Rumah Orang Malaysia, Kediaman Cardi B Curi Tumpuan Netizen!

Muhammad Firdaus
15/05/2024
11:55 MYT
Penyanyi rap antarabangsa, Cardi B meraih perhatian netizen Malaysia gambar kediamannya dikongsikan oleh wargamaya di laman sosial.

Dekorasi Rumah Macam Dekat Malaysia

Hal ini kerana, dekorasi kediaman Cardi B itu dilihat persis seperti kediaman yang sering dilihat di rumah-rumah tempatan.
Netizen turut menyifatkan Cardi B sebagai seorang yang sangat 'keMalaysiaan' apabila Instagram Storiesnya sebelum ini juga memaparkan makanan-makanan yang tidak asing lagi di Malaysia seperti, karipap, popia dan mi hun goreng.
"Dia ni sangat lah keMalaysiaan kan! Dulu masak karipap, popia dengan mi hun. Ni rumah dah macam Airbnb dekat Anggun Residence," tulis seorang warganet.

"Nama sebenar dia Kadijah binti Busu, jadilah Cardi B...

Komen itu meraih pelbagai tindak balas lucu warganet di mana rata-ratanya berseloroh tentang pelantun lagu I Like It tersebut.
"Nama sebenar dia Kadijah binti Busu, jadilah Cardi B. Anak jati Seremban ni,"
"Entah-entah dia orang Parit Buntar,"
"Mi hun tu nampak sangat keMalaysiaan,"
"Dia ni memang orang Malaysia kut."
Dulu masak Karipap, Popia dengan Mee Hoon..
Ni rumah dah mcm Airbnb dekat Anggun Residence. ??? https://t.co/9DdEL2k7Zv pic.twitter.com/hBapTctBti— ?Arif E.? (@arfdy12) May 14, 2024 Sekadar info, Cardi B merupakan penyanyi rap yang berasal dari New York, Amerika Syarikat. Nama Cardi B mula meningkat naik apabila lagunya Bodak Yellow meraih lebih satu billion tontonan di YouTube sejak dikeluarkan pada tahun 2017.

BERITA TRENDING: Pemilik Saman Cardi B Rosakkan Rumah Sewa, Kesan Terbakar, Kos Baik Pulih RM400,000

Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Berita

8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga

gempak
26/07/2024
05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).