Laman Utama

Pemilik Saman Cardi B Rosakkan Rumah Sewa, Kesan Terbakar, Kos Baik Pulih RM400,000

gempak
Maliah Surip
28/12/2023
14:27 MYT
Sponsor Banner
Pemilik Saman Cardi B Rosakkan Rumah Sewa, Kesan Terbakar, Kos Baik Pulih RM400,000
Seorang pemilik kediaman memfailkan saman terhadap Cardi B selepas mendakwa penyanyi tersebut melanggar perjanjian kontrak dan membuat kerosakkan teruk terhadap rumah yang disewanya bersama pasangan, Offset.

BERITA TRENDING: Peminat Simbah Air Sewaktu Konsert, Cardi B Balas Baling Mikrofon

Cardi B mula menyewa kediaman yang terletak di Beverly Hills tersebut mulai awal 2022 dan menetap di premis tersebut selama 20 bulan.
Dia bagaimanapun keluar daripada rumah tersebut pada Oktober lalu tanpa memberi notis. Pemilik hanya sedar Cardi B tidak lagi menetap di kediaman tersebut selepas penyanyi itu terlambat membayar sewa bulanan.
Situasi menjadi lebih ‘dramatik’ selepas pemilik datang ke kediaman dan mendapati terjadi terlalu banyak kerosakkan teruk yang telah dilakukan Cardi B.

PILIHAN PEMBACA: Elak Masuk Penjara, Cardi B Mengaku Bersalah Baling Botol & Serang Pekerja Kelab

Bintang berusia 31 tahun itu didakwa telah meninggalkan kesan calar dan kekotoran kekal pada lantai, perabot rosak, lubang yang ditebuk pada dinding serta kesan terbakar pada meja dan kabinet.
Anggaran kos baik pulih segala kerosakan yang dibuat pasangan tersebut mencecah RM400,000.
Pemilik kediaman itu kemudian mengambil keputusan memfailkan saman selepas usaha menghubungi penyanyi Bodak Yellow terhadap kerosakan yang dilakukan tidak menerima respons.
Saman tersebut dikeluarkan seminggu selepas Cardi B mengumumkan hubungannya dengan Offset berakhir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live