,
Laman Utama

"Demi Anak-Anak" - Diana Danielle Bakal Jalani Pemeriksaan Kesihatan Mental

Asraf Aided
26/11/2021
08:58 MYT
Baru-baru ini, aktres jelita Diana Danielle berkongsi akan berjumpa pakar kesihatan mental pada tarikh hari lahirnya, 22 November lalu.
Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Twitter miliknya ekoran mengesyaki dia mungkin mengalami masalah kesihatan mental dari segi tumpuan (ADD atau ADHD).
Bagaimanapun menurut Diana, dia terpaksa menunda tarikh temujanji tersebut pada 29 November ini kerana sibuk meraikan sambutan hari lahir anak bongsunya, Nur Aurora.
"Disebabkan saya terpaksa tukarkan sambutan hari lahir anak saya ke tarikh hari lahir saya pada 22 November baru-baru ini, saya tak boleh berjumpa doktor pada hari berkenaan. Hari lahir anak saya pada 19 November tapi kawan-kawan dia tak boleh datang hari itu.
"Bagaimanapun, saya akan pergi membuat penilaian dengan pakar psikiatri pada 29 haribulan ini," katanya kepada Gempak.
Diana berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran platform wayang atas talian, Film Wallet Premium On Demand di pusat beli belah Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada Khamis.
Kata Diana, orang ramai harus mempunyai kesedaran diri yang tinggi mengenai kesihatan mental.
"Perkara macam ini, kita kena ada kesedaran diri, saya tahu ramai orang sebenarnya takut nak jujur dengan diri sendiri, tanda-tanda ADHD ini bukanlah susah untuk kita kenal, ramai yang ada tapi mereka tak tahu.
"Saya suka baca tentang perkara ini, jadi saya terdedah dengan fakta-fakta yang saya boleh guna dan kaitkan dengan diri saya. Saya syak tentang perkara ini sejak saya remaja lagi, tapi ambil masa yang lama untuk jujur dengan diri sendiri," katanya lagi.
Mengulas lanjut tentang simptom yang dialami, Diana sering mengalami gangguan tumpuan dan mudah beralih dari satu perbuatan ke yang lain selain selalu kehilangan barang miliknya.
Justeru, Diana ingin membuat pemeriksaan lanjut bukan sahaj untuk dirinya, tapi demi anak-anak tersayang.
"Saya memang alami masalah fokus yang lari atau berubah-ubah, saya mahu buat satu perkara kemudian beralih kepada perkara lain, jadi saya kesian kepada anak-anak saya. Antara simptom yang saya alami, kadang-kadang saya alami masalah memori, mudah kehilangan barang yang saya miliki dan macam-macam lagi.
"Kiranya saya ke depan mahu membuat pemeriksaan ini bukan untuk diri saya semata-mata, semangat itu datang dari anak-anak saya kerana saya mahu menumpukan perhatian yang penuh kepada mereka. "Macam manapun, ADHD ini bukanlah tak boleh dirawat, ada cara untuk merawatnya dan saya pun tak terlalu risau mengenainya," jelasnya.
Tambah isteri kepada aktor Farid Kamil itu, dia masih menyimpan harapan yang sebenarnya dia tidak menghidap ADHD.
"Kalau boleh saya harap saya tak mengalami ADHD, sekarang saya tak kata saya mengalaminya kerana belum disahkan oleh doktor, apa yang saya boleh cakap, saya rasa saya mungkin mengalaminya.
"Jadi, harap-harap 29 November ini doktor cakap saya tak mengalami ADHD dan hanya tak cukup tidur, tapi kalau saya mengalaminya pun saya takkan salahkan diri sendiri dan terima sahaja," katanya menutup bicara.
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Shasha Abedul Syukur Projek; Exit Beri Inspirasi Buat Individu Yang Bergelut Dengan Penyakit Mental - “Mereka Nampak Harapan Selepas Tonton…”

gempak
17/11/2024
06:55 MYT
Pelakon, Shasha Abedul meluahkan rasa syukur selepas drama siri original Projek;Exit menerima sambutan hangat dalam kalangan penonton.
Hiburan

Terima Apa Saja Keputusan Mahkamah, Diana Danielle Dapat Kekuatan Daripada Allah & Orang Sekeliling - “Saya Hanya Fokus Pada Solat”

gempak
15/11/2024
10:25 MYT
Pelakon Diana Danielle akan menerima apa saja keputusan bagi sebutan permohonan rujuk dan perceraian kali kedua yang akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 November ini dengan hati terbuka.
Hiburan

22 Tahun Derita & Sering Cederakan Diri Sendiri, Bekas Ratu Cantik Negara Kini Dalam Proses Pemulihan - “Bun*h Diri Tidak Pernah Jadi Pilihan”

gempak
12/11/2024
21:55 MYT
Model dan bekas ratu cantik negara, Shakila Saiful memaklumkan dia kini dalam proses pemulihan di hospital disebabkan masalah kesihatan mental.
Hiburan

Mahu Beri Ruang, Puteri Sarah Akui Terkejut Bila Tahu Diana Danielle Nak Cerai - “Kalau Dia Sendiri Nak Hubungi Saya & Bercerita…”

gempak
04/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu dia tidak tahu mengenai keputusan aktres Diana Danielle mahu bercerai biarpun sehari sebelum pengumuman itu mereka ada bekerjasama pada minggu keenam Muzikal Lawak Superstar 4.
Hiburan

Ada Sebab Diana Danielle Berlalu Pergi Tanpa Penjelasan, Anggap Peguam Sudah Beri Jawapan Relevan

gempak
04/11/2024
05:12 MYT
Menurut pelakon filem Magika itu, dia tidak melihat sebarang kepentingan untuknya membicarakan hal itu lagi.
Unitar