Laman Utama

Demi Lovato Dedah Alami Kerosakan Otak, Punya 10 Minit Untuk Hidup

gempak
Asraf Aided
18/02/2021
14:20 MYT
Sponsor Banner
Demi Lovato Dedah Alami Kerosakan Otak, Punya 10 Minit Untuk Hidup
Penyanyi popular Hollywood, Demi Lovato mendedahkan dia mengalami kerosakan otak dan beberapa gangguan kesihatan lain ekoran perbuatan salah guna dadah pada 2018.
"Saya ingat lagi waktu itu doktor beritahu saya hanya ada masa lima hingga 10 minit saja untuk hidup," kata Lovato seperti dilaporkan BBC.com.
Wanita berusia 28 tahun itu kemudian berkongsi kisah tragis hidupnya dalam sebuah dokumentari dengan judul Dancing With The Devil yang diterbitkan oleh YouTube yang dijangka ditayangkan pada 23 Mac mendatang.
Memetik laporan Celebrity Insider, Lovato juga mengalami tiga kali strok dan serangan jantung ketika berada di hospital selepas didapati terlebih dos dadah ketika itu.
Selain mengalami kerosakan otak, Lovato juga mengalami masalah penglihatan termasuk untuk memandu selama beberapa bulan.
"Sekitar dua bulan saya juga punya masalah untuk membaca kerana penglihatan kabur," akuinya lagi
Walaubagaimanapun, Lovato bersyukur kerana dia tidak perlu mengikuti sesi pemulihan atau rehab sekerap selebriti lain yang mempunyai masalah sama.
Terus berubah meninggalkan perbuatan lama, Lovato akan sentiasa berkarya untuk para peminatnya.
Selain itu, penyanyi lagu Heart Attack ini juga akan mengambil tahu tentang dunia dan komuniti.
Kredit Foto : Star Tribune
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live