Filem terbaru arahan Hans Petter Moland yang berjudul Cold Pursuit akan menjengah di pawagam mulai 21 Februari ini.

Filem ini diterajui Liam Neeson, Laura Dern, Emmy Rossum, William Forsythe dan Tom Bateman sebagai pelakon utama.

Cold Pursuit mengisahkan seorang pemandu jentera musim sejuk iatu Nelson Coxman (watak yang dipegang oleh Liam) berdendam dengan seorang penjenayah yang membunuh anaknya.

Selepas kematian anaknya, kehidupan Nelson dan isterinya berubah, mereka mengalami depresi dan Nelson hampir membunuh diri.

Tak mampu menanggung tekanan, Nelson bertindak untuk mencari kuncu penjenayah tersebut dan membunuh mereka, selain itu dia turut menculik anak kepada ketua penjenayah yang membunuh anaknya, namun adakah Nelson akan turut membunuh kanak-kanak itu?

Nelson berjaya ditangkap oleh penjenayah terbabit namun mereka bergelut mempertahankan diri masing-masing, apakah yang berlaku kepada mereka di kesudahan filem ini?

Jangan lupa saksikan Cold Pursuit yang akan mula berada di pawagam bermula esok!