Pelakon Nad Zainal memaklumkan dia bersama kru drama Dendam Seorang Isteri kini sudah pun selesai penggambaran sepenuhnya.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Nad sempat berkongsi babak akhir lakonannya yang dilakonkan.

“Yup my last scene..scene mengerang kesakitan guys..

“Dengan ini secara rasminya...Tamatlah kerja saya dalam Dendam Seorang Isteri..,” tulisnya.

Pun begitu, Nad tetap mengingatkan penonton dan peminat drama berkenaan bahawa Dendam Seorang Isteri masih lagi ditayangkan di Saluran Astro Prima HD (105) dan Prima (126) setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang.

“Penggambaran je dah habis.. tapi dramanya belum siap edit.. bukan maknanya kami habis shoot, drama pun dah habis tayang..

“Belum habis ya...Semua ingat tak tayang dah pula,” katanya.

Walau bagaimana pun, hantaran berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata menyangka watak Kirana yang dibawanya itu nanti akan mati di akhir episod.

“Kirana mati ke atau kirana gugur anak haris?,” tanya salah seorang warga maya.

“Kenapa dengan Kirana?,” komen salah seorang netizen

“Bila Kirana nak jadi baik ni?” persoal salah seorang warga net.

Selain Nad, Dendam Seorang Isteri iaitu drama adaptasi drama bersiri Korea popular yang berjudul ‘Temptation of Wife’ turut dibintangi Fasha Sandha, Wan Raja dan Aidit Noh.

A post shared by NANAD (@nad.zainal)