“Dengan Umur Saya Ketika Itu…”- Rizal Rasid Pilih Jadi Penyanyi, Sanggup Berhenti Kerja Sebagai Pramugara
Ainun
26/10/2024 08:55 MYT
26/10/2024 08:55 MYT
Penyanyi kelahiran Brunei, Rizal Rasid mendedahkan dia sanggup berhenti kerja sebagai pramugara untuk mengejar cita-citanya menjadi penyanyi.
Menurut Rizal, dia merasakan ini adalah peluang terbaik untuk merealisasikan impiannya sebagai penyanyi.
“Sebab kenapa saya berhenti menjadi seorang pramugara adalah kerana saya mendapat peluang untuk menetap di Malaysia dan kejar kerjaya saya di sini.
Menurut Rizal, dia merasakan ini adalah peluang terbaik untuk merealisasikan impiannya sebagai penyanyi.
“Sebab kenapa saya berhenti menjadi seorang pramugara adalah kerana saya mendapat peluang untuk menetap di Malaysia dan kejar kerjaya saya di sini.
“Bagi saya, dengan umur saya pada ketika itu memang waktu yang sesuai untuk saya berhenti dan teruskan apa yang saya suka terutama sekali dalam bidang muzik.
"Saya sangat bersemangat dalam bidang muzik. Bak kata pepatah kalau bukan sekarang, bila lagi?,” katanya .
Rizal berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Warner Music Fest 2024 yang bertempat di The Majapahit, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, Rizal berkata dirinya menghadapi cabaran yang tidak dijangka apabila mula berpindah ke Malaysia untuk mengejar impiannya sebagai penyanyi, kerana pada ketika itu dunia dilanda PKP.
“Saya sudah lama dalam bidang muzik. Saya sudah mula menyanyi pada tahun 2013 pada masa itu saya berada di Brunei lagi tapi ketika PKP bermula barulah saya masuk ke industri Malaysia untuk kembangkan lagi karier saya.
“Sebenarnya, rancangan saya selepas berhenti menjadi pramugara adalah untuk terus pindah ke Malaysia, tetapi ketika itu PKP belum bermula.
"Jadi, saya langsung tidak menjangka tentang PKP atau apa-apa yang akan berlaku, dan bila saya tiba di sini, terus dikenakan lockdown.
“Bagi saya, ini adalah masa yang kurang sesuai, tetapi saya sentiasa percaya pada perancangan Tuhan. Mungkin Tuhan menunda perancangan ini kerana Dia ingin memberikan sesuatu yang lebih besar buat saya.
“Oleh itu, saya akan terus percaya pada perancangan tersebut dan tidak berputus asa dalam bidang nyanyian ini kerana inilah yang saya impikan sejak dahulu,” ujarnya.