Penyanyi Shila Amzah berkongsi pengalaman diganggu makhluk halus ketika bercuti bersama-sama keluarganya di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Menurut Shila, dia dan suami terdengar bunyi cakaran dan gegaran kuat di pintu homestay yang didiami mereka pada waktu malam.

BERITA TRENDING: Majlis Resepsi Amylea Dipersoal, Shila Amzah Tegur Netizen - “Cari Duit Cara Fitnah Orang Memang Biadap”

"Dekat Langkawi sedap semua tip-top, harga pun okay untuk makan ramai-ramai. Yang tak seronoknya untuk mama dan papa ialah homestay kitorang dekat Langkawi tu ada hantu.

"Boleh pula dia main cakar-cakar pintu, gegar-gegar pintu," kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

Disebabkan bimbang, suaminya, Ubai menjenguk ke kawasan luar kediaman terbabit untuk memastikan keadaan sebenar.

"Lepas tu Ubai pun pergi jengah dekat tingkap nak tengok siapa kacau. Sebab trip ke Langkawi ni ramai-ramai seluruh team bola ada.

"Sekali tu pintu masih bergegar tapi orangnya tiada, Pastu Ubai dengan muka seposen dia cakap dengan Sha “Oh kucing je sayang, tidur la," ujarnya.

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)


Tambah Shila lagi, Ubai hanya menceritakan perkara sebenar keesokan harinya sewaktu perjalanan mereka ke Perlis.

Sekadar info, Shila Amzah pergi ke Langkawi adalah untuk menemani Ubai yang menyertai pertandingan bola sepak.

Sumber: Instagram