Pelakon Rafidah Ibrahim yang kini hamil tiga bulan dijangkiti COVID-19.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya juga memaklumkan mengalami pendarahan dan risaukan keadaan anak di dalam kandungannya.

“Pada hari Rabu lepas, saya hubungi pihak hospital unit wanita dan kanak-kanak untuk bertanya. Saya sedang hamil tiga bulan dan berlaku sedikit pendarahan.

“Dalam masa yang sama saya juga positif COVID kerana suami baru pulang dari umrah dan didapati positif,” kongsinya.

Bagaimanapun Rafidah memanjatkan rasa syukur selepas doktor mengesahkan bayinya berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah pihak hospital menerima kehadiran saya untuk pemeriksaan. Pemeriksaan jantung dan darah saya dalam keadaan normal serta tidak kritkal.

“Paling saya risaukan adalah keadaan baby. Alhamdulillah, denyut nadi baby masih ada dan itu merupakan satu berita gembira buat saya berbanding berbanding kandungan lepas (tiada denyutan),” jelasnya.

Namun kata Rafidah, dia perlu lebih berhati-hati menjaga kandungan memandangkan mempunyai rekod keguguran sebelum ini.

“Semuanya okey cuma kerana yang lepas saya ada rekod keguguran, doktor kata peluang ini 50-50 bergantung kepada keadaan baby,

“Jika pendarahan semakin banyak, terus datang ke hospital. Semoga segala perancangan dan yang terbaik itu sentiasa dari Allah,” tulisnya.

A post shared by R A F I D A H I B R A H I M (@rafidahibrahim)

Terdahulu, Rafidah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurusnya Shahzemir Shahzulkarib, 37, pada 5 Mei 2021.

Sebelum membuat keputusan berkahwin, pasangan ini sudah pun berkenalan hampir 10 tahun.