gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Mahkamah Jerman Putuskan Coklat Dubai Mesti Asal Dari Dubai
HIBURAN
Buat Video TikTok Bersama Anak, Wajah Nabil Ahmad Curi Tumpuan Netizen - “This Man Does Not…”
VIRAL
"Mereka Nak Saya Tutup Kedai Ke?" - Kieda Crepe Tak Sangka Video Herpes Jejaskan Bisnes
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TERKINI

Dera Orang Tersayang Sebab Dahaga Perhatian, Kenali Penyakit Mental Munchausen Syndrome By Proxy

Izwan Isa
Izwan Isa
12/09/2021
02:50 MYT
Sponsor Banner
Dera Orang Tersayang Sebab Dahaga Perhatian, Kenali Penyakit Mental Munchausen Syndrome By Proxy
Sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mula menyedari tentang betapa pentingnya pendedahan tentang kesihatan mental.
Justeru, tidak hairan jika ramai yang menyambut baik apabila drama Astro Originals terbaharu, I-Tanggang mengetengahkan masalah mental Munchausen Syndrome By Proxy. Apakah itu Munchausen Syndrome By Proxy?
Menerusi temu bual bersama Pensyarah Kanan Dan Pakar Psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Aida Syarinaz Ahmad Adlan, Munchausen Syndrome adalah keadaan di mana seseorang itu bertindak seperti dia mempunyai penyakit.
Manakala, Munchausen Syndrome By Proxy (MSBP) pula adalah apabila seseorang itu bertindak seperti orang yang dijaganya (dalam kes Emma dan anaknya Khalil) mempunyai penyakit, sedangkan anaknya itu sebenarnya tidak sakit.
“MSBP merupakan sejenis penyakit mental yang serius. Menurut versi terbaharu panduan yang digunakan untuk diagnosis penyakit mental, Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder (DSM-5), ia dikategorikan di bawah ‘Factitious Disorder Imposed on Another (FDIA)’. MSBP juga dikira sebagai masalah penderaan kanak-kanak,” katanya kepada Gempak.
Menurut Dr. Aida, watak Erma (lakonan Sherie Merlis) menghidap MSBP. Hal ini kerana, watak Emma digambarkan sebagai seorang ibu yang sanggup memberikan ubat-ubatan seperti ubat tidur untuk memperlihatkan anaknya itu lemah dan dalam masa sama meraih perhatian umum.
Mengapakah seseorang ibu sanggup bertindak demikian? Menurut Dr. Aida, beberapa faktor berkait rapat dengan pembentukan sindrom berkenaan.
“Si ibu mungkin berasa kehidupannya bercelaru dan tidak terkawal. Dia juga sering mempunyai harga diri yang rendah dan tidak mampu mengatasi masalah tekanan dan kegelisahan dengan baik.
"Selalunya, mereka yang mempunyai MSBP mempunyai ciri-ciri seperti pengalaman dalam bidang perubatan, penyakit anak selalunya kabur dan simptom-simptom yang dikatakan ada dalam penyakit anaknya kadangkala tidak berpadanan dan tidak konsisten dengan manifestasi sebenar penyakit yang dikatakan itu dan sering berada di sisi anak, jarang meninggalkan anak bersendirian.
“Selain itu, penghidap MSBP juga sering memberikan sejarah perubatan anak dengan terperinci apabila bertemu doktor, memberikan gambaran sanggup mengorbankan segala-galanya demi kepentingan anak, dahagakan perhatian dan simpati, perlu berasa situasi dirinya terkawal dan tidak nampak yang kelakuannya ini membahayakan anaknya dan ia adalah sejenis penderaan,” katanya lagi.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofia, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofea Jane, Andy Teh dan Rashidi Ishak, drama I-Tanggang bakal disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
Topic Berkaitan
#Kesihatan
#Universiti Malaya
#Mental
#Munchausen Syndrome By Proxy
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement