Skip to main content

Hiburan

Pernah Diminta Jaga Hubungan Dengan Produser, Fimie Don Tak Setuju Stigma Bergantung Pada Manusia - “Rezeki Aku 100% Dari Allah”

Fimie Don

Sekilas

  • Pelakon Fimie Don menolak stigma bahawa kerjaya seseorang bergantung pada hubungan dengan individu tertentu seperti penerbit.
  • Fimie percaya rezeki datang 100% daripada Allah SWT dan manusia hanyalah penyampai rezeki tersebut.
  • Menurutnya, rezeki bukan hanya wang ringgit, tetapi juga termasuk jodoh, ilmu, dan kesihatan yang diberikan oleh Allah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.

Pelakon, Fimie Don tidak bersetuju dengan stigma sesetengah masyarakat yang berpendapat rezeki serta kerjaya seseorang itu akan lebih berhasil sekiranya bergantung harap dengan individu lain.

Menerusi ciapan di Threads, Fimie atau nama sebenarnya Shafimie Saedon mendedahkan dia pernah berdepan dengan situasi di mana ada pihak yang mengingatkannya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan penerbit jika mahu kerjaya sebagai anak seni terus stabil.

“Dulu pernah seorang produser ni cakap dekat aku, ‘eh aku yang bagi kau job tau’.

“Ada juga yang cakap, ‘kau kena buat baik dengan produser-produser ni, diorang bagi kau rezeki’,” kongsinya.

Walau bagaimanapnun, pelakon drama Hikayat Putera Shazlan ini tidak bersetuju dengan tanggapan tersebut kerana percaya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT.

“Kalau kau bagi aku rezeki, kau bagi aku job, baik aku tukar ayat mengucap aku ke nama kau.

“Point aku adalah rezeki aku bukan dari mana-mana atau dari siapa-siapa dekat dunia ni, rezeki aku 100 peratus datang dari Allah.

“Dan kita sesama kita adalah penyampai rezeki itu,” kongsinya lagi.

Dalam masa yang sama, Fimie menegaskan bahawa rezeki boleh hadir kepada sesiapa sahaja dan ia bukanlah semata datang dalam bentuk wang ringgit semata-mata.

“Rezeki yang dihadiahkan oleh Allah itu boleh melalui sesiapa pun, tak kira umur, tak kira bangsa.

“Rezeki ni bukan duit je. Jodoh, ilmu, duit, masih bernafas, cukup pancaindera. Alhamdulillah,” kongsinya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement