Berita
Di Kala Yang Lain Gembira Pulang Ke Kampung, Tapi Azar Azmi- “Saya Rindu Nak Sentuh & Cium Pipi Ibu & Ayah...
Di kala semua bergembira pulang ke kampung untuk bertemu ibu dan ayah selepas kerajaan memberi kelonggaran merentas negeri bermula 10 Jun 2020, ada juga yang masih bersedih.
Termasuklah Azar Azmi yang hanya mampu merindui kasih sayang ibu bapanya yang sudah pergi bertemu ilahi.
Menurut Azar kerinduannya itu sudah tidak dapat ditanggung lagi dan berharap dapat bersama ibu bapanya ketika ini.
“Saya tidak sepatutnya muat naik entri ini tapi saya sudah tidak tahan lagi. Bertapa saya rindukan mereka.
“Saya rindu hendak menyentuh pipi dan mengucup daHi mereka. Saya rindu intuk bersalaman dengan ibu dan ayah.
“Ada banya perkara saya nak kongsikan dengan mereka. Kamu berada di tempat yang baik. Saya berharap sangat dapat bercakap seperti waktu dulu.
“Saya rindu bila ibu dan ayah telefon dan bertanya ‘tengah buat apa tu? Dah makan?’
“Saya perlu kuat dan saya hendak terus kuat. Saya tahu saya boleh lakukannya,” tulisnya.
Azar berkongsi luahan perasaannya itu di akaun Instagram miliknya.
Lebih sayu lagi, apabila Azar memuat naik video yang sedang bersedih bersama foto kedua ibu bapanya.
Nasihat Azar kepada yang masih mempunyai ibu dan ayah supaya jangan lupa menghargai masa bersama orang tersayang sebelum mereka meninggalkan kita buat selamanya.
“Kepada sesiapa yang masih ada ibu dan ayah, hargailah mereka. Luangkan masa dengan mereka. Buat mereka gembira. Buat mereka bangga. Beri mereka kebahagiaan. Buat mereka tersenyum. Hulurkan tangan. Beri mereka apa sahaja yang kamu ada.
“Dengar nasihat saya. Buat saya. Sentiasa hubungi mereka. Satu hari kami akan tahu kenapa,” katanya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bersimpati dengan nasibnya dan mendoakan dia agar terus kuat hadapi dugaan tersebut.
Must-Watch Video