,
Berita

Di Sebalik Senyuman, Rupanya Pelakon Wafa Abdul Kadir Derita Kanser Tahap 4

Elrafaei Sapi
18/09/2018
08:41 MYT
Pelakon senior, Wafa Abdul Kadir yang sebelum ini pernah dilaporkan mengidap kanser ovari dua tahun lalu kini berdepan kanser peritoneal tahap 4.
Berkongsi perkembangan terbarunya itu, Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Konsultan Perawatan Islam, Datuk Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menyatakan pelakon itu pasrah menempuhi kehidupannya meskipun menahan kesakitan dan tidak berupaya untuk banyak bergerak.
"Bertemu dengan wanita cekal ini, Wafa Abdul Kadir, 52, atau saya panggil Kak Long @wafaabdulkadir yang mengidap kanser peritoneal, sejenis kanser yang jarang berlaku, banyak mengingatkan diri betapa ujian Tuhan itu datang dalam pelbagai cara.
"Diduga berturut-turut bermula pada 2013, akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan pembedahan membetulkan tulang leher sehinggalah disahkan menghidap kanser ovari dua tahun lalu dan yang terkini, kanser peritoneal, Kak Long melihat segala-galanya dari sudut positif.
"Mengandaikan sakit itu berupa isyarat yang dihadiahkan oleh Yang Esa, sekali gus memberi peluang untuk dia lebih mendekati Allah SWT, dia tidak pernah kesal dengan yang berlaku," katanya menerusi Facebook, Tuan Asmawi Tuan Umar (Voiceover Adiguru).
Dalam pertemuan Tuan Asmawi bersama isteri, Farisha Irwayu yang juga seorang pelakon dengan Wafa itu turut menyatakan Wafa pada awalnya mendapat simptom kanser pada penghujung tahun 2014.
Wafa pernah berjumpa pakar tulang yang mengesahkan tiada punca daripadanya. Jadi, dia pergi mendapatkan pakar sakit puan.
"Dari situlah saya dikesan ada kanser ovari yang sudah merebak ke beberapa bahagian termasuk ovari, uterus dan saluran fallopian. Cara terbaik ialah melalui pembedahan," katanya.
Ujarnya, dia menjalani pembedahan pada April 2015 sebelum pada awal 2016 mengalami demam, sembelit, cirit-birit dan muntah hijau yang teruk.
"Saya masuk hospital kerana sangkakan keracunan tetapi kemudian doktor mendapati ada saki-baki sel kanser yang melilit sekitar usus dan dinding ovari.
"Saya tidak boleh dibedah dan harus mendapatkan rawatan kemoterapi. Saya menjalani 18 kali proses kemoterapi bagi mematikan sel kanser dan selesai pada Jun 2016," katanya.
Wafa memberitahu dia tidak berani mencuba perubatan alternatif kerana pernah mencuba rawatan sedemikian sehingga berasa serik.
"Pernah pada awal kanser, saya mencuba perubatan alternatif, konon menggunakan daun belalai gajah. Mungkin bagi sesetengah orang berhasil tetapi tidak kepada saya. Apabila saya mengamalkan sekali sahaja, tekanan darah saya jatuh mendadak dan sel darah putih saya bertambah.
"Doktor tidak izinkan saya lagi kerana saya ada alahan. Tetapi di IKN sendiri, ada perubatan alternatif seperti fisioterapi dan akupuntur yang memang digalakkan oleh doktor," katanya.
Jelasnya, dia makan mengikut saranan doktor dan pakar pemakanan meskipun tidak mempunyai selera makan.
"Kalau tak dipaksa makanan masuk ke mulut, saya akan jadi lebih lemah. Cuma saya terus amal memakan madu dan habatus sauda dan beberapa makanan yang sesuai untuk saya," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Facebook - Tuan Asmawi Tuan Umar (Voiceover Adiguru)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pelakon Farisha Irwayu Positif COVID-19 Tahap 3 - "Batuk Masih Kuat, Sakit Belikat Belakang Pinggang"

gempak
22/04/2021
12:20 MYT
Tahu-tahu terus stage 3...
Hiburan

"Maafkan Deep Tak Dapat Hantar Akak 'Pulang' - Ras Adiba Selamat Bernikah Kali Ketiga, Sebak Tak Dapat Hadir Pengebumian Wafa

gempak
17/03/2019
02:01 MYT
Hiburan

Pelakon Terkenal Era 90an, Wafa Abdul Kadir Meninggal Dunia

gempak
15/03/2019
22:33 MYT
Unitar