Pelakon Emelda Rosemila mendedahkan dia mulai jatuh hati dengan suaminya, Adlin Aman Ramlie menerusi lakonan sebagai Sultan Mahmud Melaka dalam filem epik Puteri Gunung Ledang sekitar tahun 2004.

Kata Emelda, dia sekeluarga terpesona dengan lakonan Adlin ketika itu dan menghargai bakatnya sebagai pelakon yang berkredibiliti.

"Sultan Mahmud Melaka. Kat sini lah Mel tahu kewujudan Adlin dalam dunia ini. Filem Puteri Gunung Ledang adalah filem yang Mel nanti-nantikan excited sebab bangga sangat ada produksi Malaysia yang berani buat filem berskala besar begini, dengan kualiti produksi yang terperinci, barisan pelakon yang hebat. Nak-nak pula cerita yang bertemakan epik Melayu yang dekat di hati kita semua.

"Ok. Di sinilah ku discover jodohku haha! Haish kuasa Tuhan kan. Satu family Mel memang terpesona dengan lakonan Adlin. Kita memang menghargai bakat, kami bersembang dan berbicara mengenai bakatnya.

"Macam wow, bagusnya dia menterjemahankan watak Sultan Melaka. Lakonan Adlin yang sangat bersahaja, dengan gesture-gesture kecil tapi impactful. Mel dengan kakak Mel dan bro AC Mizal, mama dengan arwah baba Mel betul-betul terpesonalah hehe! Ini cerita betul tau bukan rekaan.

"Dalam keluarga cuma mama Mel seorang saja yang tahu Adlin anak Mak Mah dengan arwah Tompel, jadi kita semua oh patutlah hebat bakat dia," cerita Mel.

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila)


Mel dan Adlin pertama kali bertemu dalam sebuah majlis yang dianjurkan Astro di sebuah hotel di ibu kota.

Cerita Mel lanjut, ketika itu juga kali pertama Adlin menghantarnya pulang selepas tamat acara.

"Time lapsed. Ada jemputan acara Astro di hotel. Jadi saya pergi bersama Emylia dan AC Mizal, mingle-mingle sekali alamak Sultan Melaka pun ada. AC memang peramah terus disapanya Sultan Melaka dan mengucapkan tahniah kerana melakonkan watak dengan jayanya.

"Dia cakap satu family kagum dengan lakonan Adlin dalam PGL. Adlin pula tersenyum lebih masa tu kena puji sambil jeling-jeling adik ipar DAC kat sebelah.

"Dia pun kenalkan, Mel pun congratulate Adlin sambil sengih-sengih.

"Mel kalau pergi event yang Mel suka memang tak nak balik, best borak dengan orang hebat-hebat, Mel pula BBNU masa tu. Adlin pula melekat dekat meja DAC dan the gang.

"Lepas tu DAC nak balik pula, dah lah naik satu kereta. Sekali Sultan Melaka cakap eh tak apalah I boleh hantar you balik. Kelakarlah masa tu DAC dan kakak Mel bagi peluang sambil cakap okey Lin hantar dia balik, I trust you bro.

"And the rest is history, begitulah pertemuan Mel dan Adlin yang tak disangka-sangka akhirnya menjadi suami isteri. Alhamdulillah 15 tahun bersama susah dan senang, dari seorang yang cuma melihat dan menghargai bakatnya kepada isteri," tambahnya.

Adlin antara pelakon yang membintangi filem terbitan Enfiniti Productions Sdn. Bhd. selain Tiara Jacquelina, Datuk M. Nasir, Sofia Jane, Khir Rahman dan bintang filem Indonesia Christine Hakim, Alex Komang serta Dian Sastrowardoyo.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM16.6 juta itu memecah rekod sebagai filem termahal yang pernah dihasilkan di Malaysia ketika itu.

Adlin dan Emelda berkahwin pada 22 Mei 2009 mempunyai seorang anak angkat lelaki Edra Rafael, 9 tahun.