Penyanyi Ismail Izzani berkongsi detik permulaan dirinya menceburkan diri dalam bidang nyanyian adalah dengan menyertai kumpulan nasyid ketika di sekolah.

Menerusi laman sosial Instagram, Ismail memuat naik sebuah video lama nyanyian nasyid tersebut untuk tatapan umum.

“Kalau korang tertanya-tanya macam mana Ismail Izzani jadi penyanyi. Di sinilah segalanya bermula,” tulis Ismail di ruangan kapsyen.

A post shared by @ismailizzani_


Menerusi perkongsian berdurasi 14 saat itu, Ismail yang lengkap bersongkok tampil sebagai penyanyi cilik bersama kumpulan nasyid yang membuat persembahan dalam sebuah acara.

Lebih istimewa apabila Ismail turut menunjukkan transition dia yang sekarang dan bertukar menjadi dirinya semasa bernyanyi lagu nasyid.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya terkejut melihat Ismail pernah tampil sebagai penyanyi nasyid semasa kecil.

Sudah pasti momen tersebut menjadi bahan usikan ramai memandangkan kesan khas transition dirinya yang dulu dan sekarang sangat tepat.

“Ewahh ewahh,” usik penyanyi rap Zaynakal.

Allah……,” ujar penyanyi Naim Daniel.

Eh budak nasyid memang power ah!” komen seorang wargamaya.

That transition is smooth,” ujar seorang wargamaya.

Masyallah ya ustaz,” kata seorang wargamaya.

Sepohon kayu daunnya rimbun,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 80,000 tontonan daripada pengikutnya.