,
Hiburan

"Dia Boleh Jadi Pelakon Fighter Wanita Yang Hebat” - Lakonan Mantap Dalam Wira, Hairul Azreen Puji Fify Azmi

Hanafis Haris
28/11/2019
08:27 MYT
Biarpun pertama kali beraksi di layar perak, lakonan pelakon baru filem Wira, Fify Azmi menerima pujian ramai.
Pujian itu termasuklah daripada pelakon yang membawa watak abang kepada Fify sendiri dalam filem ini iaitu Hairul Azreen.
Menurut Hairul, dia tidak menyangka Fify atau nama sebenarnya Nor Afiqah Mohamed Azmi, 29, mampu membawa watak seorang 'fighter' dengan baik walaupun itu adalah filem pertamanya sebagai pelakon utama.
"Fify ni mula-mula dia dapat tahu dia jadi heroin dan watak besar, dia gementar.
"Jadi saya kena rapat dengan dia dan waktu training pun saya kena buat dia rasa selesa.
"Saya anggap dia macam adik sendiri, buli pun macam adik sendiri. Semuanya nak bagi dia selesa," katanya.
Jelas Hairul lagi, lakonan mantap Fify sebagai Zain dalam Wira bukan sebab nasib atau kebetulan.
"Tapi memang dia bagus berlakon, malah dia boleh jadi pelakon fighter wanita yang bagus di Malaysia," katanya ketika ditemui Gempak baru-baru ini.
Pada yang masih belum menonton Wira, anda boleh saksikan filem berkenaan yang telah pun mula ditayangkan.
Sehingga kini, Wira telah pun meraih kutipan sebanyak RM2.2 juta dalam masa empat hari tayangan!
BACA: Padu! Filem Wira Raih RM2.2 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan!
Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.
Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Jiwa Malaysia 2024

gempak
06/09/2024
01:35 MYT
Jom sertai GMW Giveaway sekarang!
Hiburan

Filem Adoiii Jiwaku Bakal Ditayangkan Secara Percuma Sempena Hari Malaysia!

gempak
05/09/2024
16:46 MYT
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak Lomo Pictures Sdn Bhd memberi tayangan secara percuma filem ‘Adoii Jiwaku’ buat para penonton.