Laman Utama

"Dia Ketuk Bilik 3 Pagi & Mengaji Supaya Bangun Tahajud" - Hargai Jasa 'Walid', Rumahtangga Gagal Jadi Iktibar Lufya

gempak
Amri Hassan
21/06/2021
08:20 MYT
Sponsor Banner
"Dia Ketuk Bilik 3 Pagi & Mengaji Supaya Bangun Tahajud" - Hargai Jasa 'Walid', Rumahtangga Gagal Jadi Iktibar Lufya
Sempena sambutan Hari Bapa, bekas penyanyi dan pelakon Lufya Omar turut berkongsi kisah kenangannya bersama bapa tersayang.
Dedah Lufya, dia pernah merasakan bapanya yang dipanggil walid itu tidak sayangkannya apabila terlalu bertegas dengannya sejak kecil.
"Cerita ni agak sensitif tentang ayah Fya. Masa Fya kecil fya selalu rasa tak dapat kasih sayang seorang bapa sebab walid saya tak pergi sekolah macam bapa lain ambil report card anak, saya dapat no 1 tapi dia tak datang ambik cuti untuk tengok anak dia terima hadiah di sekolah.
"Fya rasa walid tak sayang pada anaknya! Dia tegas dan kata-kata yang keluar dari mulut dia bila jumpa kat rumah balik-balik suruh jaga solat, ngaji, dan selalu jam 3-4 pagi die akan ketuk bilik saya dan mengaji depan pintu supaya fya bangun tahajud! Hahaha bengang betul time tu.
"Kalau kawan lelaki call rumah saya (time tu mana ada handphone) dia akan cakap: auzubillahiminashaitonirrajim... terus member letak telefon. Pastu saya jadi bahan ketawa kat sekolah!" ceritanya.
Tambah Lufya, ketegasan bapanya mendidiknya membuka matanya tentang keunggulan figura bergelar bapa itu. Malah hal itu membuka matanya tentang erti sebenar kasih sayang seorang bapa.
"Tapi bila Fya meningkat dewasa dan melalui pengalaman hidup berumahtangga yang gagal, baru Fya sedar yang bapa aku ni seorang bapa yang TERBAIK di dunia ni.
"Dia besarkan kami dengan hasil titik peluh yang halal. Jam 5 pagi setiap hari die dah keluar ke pasar untuk menjual ayam. Kami dibesarkan semua cukup makan dan pakai. Sampai busuk-busuk kuku bapa fya.
"Hari Raya pun dia akan kerja sebab ramai orang nak order ayam. Walid cukup rajin bekerja menampung keperluan keluarga. Duit die untuk anak-anak dia. Cukup makan, susu, pakaian baik, rumah sendiri, dan tak pernah meminta bantuan dari keluarga.
"Adik beradik Fya semua belajar tinggi ada yang belajar sampai Jepun. Setiap kali puasa sehari dia kasi RM10 untuk didik anak-anak dia berpuasa sebelum baligh.
"Rupanya Fya baru sedar yang walid didik kami kuat dengan agama supaya kami berjaya dunia dan akhirat.
"Dia tak banyak cakap bukan dia tak sayang tapi dia penat dan dia memang seorang yang tak pandai meluahkan kasih sayang. Sebenarnya dia sangat sayang pada anak-anaknya," tambahnya.
Kata Lufya lagi, bapanya juga telah berkorban duniawi dan bersara pada usia masih muda demi memberikan sepenuh jiwa dan masa menyara keluarganya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024