Laman Utama

“Dia Menerima Saya Seadanya” - Joe Flizzow Syukur, Hargai Kehadiran Isteri

gempak
Mya Amri
29/01/2021
09:50 MYT
Sponsor Banner
“Dia Menerima Saya Seadanya” - Joe Flizzow Syukur, Hargai Kehadiran Isteri
Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow bersyukur dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami.
Menurut Joe, kehidupannya kini lebih tenang, teratur dan bahagia selepas memegang status sebagai seorang suami.
“Kehidupan saya kini lebih tenang. Syukur saya dipertemukan dengan seorang isteri yang sangat-sangat memahami.
“Isteri dan keluarganya menerima saya dengan seadanya. Saya tahu dengan perangai yang sebegini bukan mudah untuk dia menjaga saya.
“Alhamdulillah, saya bahagia. Saya juga akan sentiasa menyokong kerjaya seni isteri dan saya juga akan terus menghasilkan karya-karya yang bagus. Insya-Allah,” ujarnya ketika ditemu bual baru-baru ini.
Joe dan Marini Ramlan berkenalan sejak 15 tahun lalu dan mula menjalinkan hubungan serius pada 2016.
Kini Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak dan Marini yang juga merupakan seorang pelukis profesional selamat diijabkabulkan pada tanggal 26 Jun 2020.
Dalam perkembangan terbaharu, Joe kini muncul dengan lagu baru berjudul Ciao bersama MK K-Clique dan penyanyi Korea, Jay Park.
BACA: Ciao Memang Lit! Joe Flizzow Pun Tak Sangka Trending – “Terima Kasih, Sangat Happy”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live